Penubuhan majlis ini dilihat sebagai kesinambungan usaha kerajaan dalam memperbaiki pengurusan bencana.
Situasi banjir di negeri Sabah menunjukkan tanda-tanda pemulihan yang ketara, manakala jumlah mangsa yang dipindahkan di Sarawak kekal tidak berubah setakat petang ini.
Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, jumlah mangsa banjir telah menurun secara mendadak kepada hanya 130 orang daripada 31 keluarga, berbanding 439 orang daripada 128 keluarga yang dilaporkan pada pagi tadi.
Hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di daerah Penampang dan Papar.
“Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di Papar menunjukkan trend penurunan dengan tujuh orang sahaja manakala jumlah mangsa di Penampang kekal 123 orang,” menurut kenyataan JPBN Sabah.
Keadaan di Membakut juga dilaporkan telah pulih sepenuhnya dan dua buah PPS di daerah tersebut telah ditutup.
Secara keseluruhan, hanya tiga buah kampung masih terjejas, dengan satu di Penampang dan dua lagi di Papar.
Sementara itu, di Sarawak, jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS Dewan Suarah Marudi, Miri kekal seramai 16 orang daripada lima keluarga.
Data daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan paras air sungai di stesen Long Teru masih berada pada paras 8.69 meter, melebihi paras bahaya 8 meter, namun menunjukkan trend yang semakin menurun.
Keadaan cuaca di kawasan terjejas dilaporkan tenang dengan tiada hujan setakat ini, memberikan harapan untuk proses pemulihan yang lebih lancar.
PMX mahu tatakelola tanah diperkukuh, pencerobohan dibendung
Subsidi kerajaan turun 40 peratus, bantuan untuk rakyat melonjak
Muhyiddin gesa siasatan telus tragedi Irene Sofiya
Kerangka baharu bagi graduan hadapi dunia kerja era AI: MCMC
Pesara rugi lebih RM300,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian: Bernama
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum