Bantuan RM500 penjawat awam, RM250 untuk pesara akan masuk 13 Mac

March 9, 2026 · Isu semasa

Bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2026 sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 15 ke bawah yang akan disalurkan pada 13 Mac ini.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata bantuan itu turut merangkumi kakitangan lantikan kontrak dalam perkhidmatan awam sebagai usaha kerajaan membantu meringankan kos sara hidup.

Pada masa sama, pesara kerajaan serta veteran berpencen dan tidak berpencen akan menerima bayaran RM250 pada tarikh yang sama.

“Bantuan ini dikecualikan daripada cukai pendapatan dan diharapkan dapat membantu penjawat awam serta pesara menghadapi perbelanjaan harian,” katanya ketika berucap pada perjumpaan bersama warga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di Putrajaya.

Menurutnya, kerajaan turut memberi perhatian kepada golongan petugas institusi agama di seluruh negara.

Seramai kira-kira 70,000 individu termasuk imam, bilal, tok siak, noja, marbut, guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) serta guru takmir akan menerima Bantuan Khas Kewangan Imam sebanyak RM500 yang juga dibayar pada 13 Mac.

Pengumuman itu dibuat ketika kerajaan terus mengekalkan kadar bantuan khas yang sama seperti dilaksanakan sejak 2024.

Di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang berkuat kuasa pada 1 Disember 2024, Gred 15 adalah bersamaan dengan Gred 55 dan 56 dalam Sistem Saraan Malaysia (SSM) sebelum ini.

Selain bantuan kepada penjawat awam, Anwar turut memaklumkan kerajaan meluluskan perluasan subsidi tiket penerbangan di bawah program FLYsiswa kepada lebih banyak institusi pengajian tinggi.

Menurutnya, bantuan bernilai RM400 itu kini turut melibatkan pelajar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM), universiti berkaitan kerajaan, institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri serta Institut Perladangan dan Komoditi.

“Langkah ini membolehkan lebih 50,000 pelajar memanfaatkan subsidi penerbangan bagi laluan domestik antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak pada tahun 2026,” katanya.

Tahun lalu, kira-kira 44,000 pelajar menikmati bantuan yang sama.

Berita berkaitan
Lebih 200,000 penjawat awam mula kerja dari rumah esok
10 jam lalu· Isu semasa
FINAS dan Insolvensi jalin kerjasama bantu seniman berdepan isu kewangan: Fahmi
April 9, 2026· Isu semasa
MOF nafi penularan berita palsu berhubung tambahan had BUDI95
April 8, 2026· Isu semasa
PMX pertahan bantuan ke Gaza, tanda prihatin berterusan sesama umat Islam
April 4, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Harga minyak boleh naik hingga AS$150 setong jika konflik berlarutan
9 jam lalu · Isu semasa
Kapal Malaysia tersekat di Selat Hormuz dikepung tentera AS: Mohamad Hasan
10 jam lalu · Isu semasa
Isu stesen minyak kehabisan bekalan, Loke nafi negara berdepan krisis bahan api
10 jam lalu · Isu semasa
Kawalan ketat SPRM semasa program Azam Baki, elak kekecohan berulang
10 jam lalu · Isu semasa
PMX umum peruntukan RM2 juta untuk Akademi Sepak Takraw
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok