Bantuan SARA hari keempat lancar, rekod jualan lebih RM100 juta: Laporan

September 4, 2025 · Isu semasa

Pelaksanaan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang memasuki hari keempat semalam berjalan lancar dengan rekod jualan sebanyak RM117.1 juta, membabitkan 1.8 juta penerima di seluruh negara.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF), jumlah itu meningkat berbanding hanya RM76.8 juta oleh 1.1 juta penerima pada 2 September.

“Kadar transaksi berjaya juga meningkat kepada 99.7 peratus berbanding 95 peratus pada 2 September,” menurut kenyataan MOF.

Selain itu, usaha penambahbaikan dan peluasan kapasiti pemprosesan sistem sepanjang tiga hari telah menyumbang kepada kestabilan sistem yang tercapai hari ini.

Sejak pelaksanaan pada 31 Ogos, lebih 4.8 juta rakyat membeli barangan keperluan asas menggunakan kredit Penghargaan SARA sebanyak RM100 dan SARA, dengan jumlah perbelanjaan rakyat mencecah RM 312.6 juta di seluruh negara.

Menurut MOF, kredit RM100 Penghargaan SARA kekal sah hingga 31 Disember 2025 dan boleh digunakan di lebih 7,300 premis runcit berdaftar di seluruh negara. – Bernama

Berita berkaitan
Bos Mydin bidas Ahli Parlimen DAP: “Lu Siapa?”
22 jam lalu· Politik
Hutang tinggi dorong reformasi fiskal kerajaan
January 22, 2026· Isu semasa
SARA kategori bujang mula masuk hari ini
January 16, 2026· Isu semasa
Kutipan Kastam cecah RM76 bilion, lepasi sasaran MOF
January 9, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
SPRM buka dua kertas siasatan berhubung isu dana hampir RM300 juta: Laporan
January 24, 2026 · Isu semasa
Anwar nafi isu tanah Malaysia diserah kepada Indonesia
January 24, 2026 · Isu semasa
RUU PSB perlu dibaiki demi hak penduduk, UMNO tak tolak pembangunan: Asyraf
17 jam lalu · Isu semasa
Saluran aduan media kini dibuka, fokus profesional dan telus: Fahmi
17 jam lalu · Isu semasa
X ambil langkah tingkat keselamatan, beri kerjasama baik: Fahmi
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
January 20, 2026
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong
January 19, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok