Bantuan STR, SARA meningkat sekali ganda cecah RM15 bilion tahun ini

January 28, 2026 · Isu semasa

Peruntukan kerajaan bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) meningkat hampir sekali ganda kepada RM15 bilion tahun ini berbanding RM8 bilion pada 2022, sekali gus mencerminkan keutamaan kerajaan dalam memperkukuh perlindungan sosial rakyat.

Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong, berkata peningkatan berterusan itu menunjukkan kesungguhan kerajaan memastikan golongan memerlukan terus menerima bantuan secara bersasar, terutama dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin mencabar sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Peningkatan bantuan kewangan ini, khususnya SARA yang mula diperkenalkan pada 2023, adalah mekanisme penting untuk memastikan bantuan sampai kepada kumpulan sasaran dengan lebih berkesan,” katanya ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat.

Beliau menjelaskan, pelaksanaan SARA bukan sahaja membantu golongan B40 mendapatkan barangan keperluan asas, malah pada masa sama menyokong kelangsungan peniaga kecil tempatan.

Setakat Isnin, jumlah premis rakan niaga SARA meningkat kepada 10,447 kedai di seluruh negara, berbanding hanya 700 premis pada tahun lalu.

“Jumlah ini akan terus bertambah melibatkan pasar raya, kedai runcit, koperasi dan pasar mini di kawasan bandar, luar bandar serta pedalaman supaya penerima mudah mengakses bantuan,” katanya.

Di Sarawak sahaja, katanya, sebanyak 1,096 premis sudah berdaftar sebagai rakan niaga SARA.

Menurut Chin Tong, kerajaan turut menambah baik syarat penyertaan peniaga kecil dengan melonggarkan keperluan penjualan barangan asas daripada 70 peratus kepada 50 peratus, iaitu sekurang-kurangnya tujuh daripada 14 kategori barangan ditetapkan.

“Kita mahu peniaga kecil, khususnya di luar bandar, dapat turut serta. Kerajaan sentiasa terbuka menilai semula syarat sedia ada mengikut kesesuaian lokaliti,” katanya.

Beliau menambah, kerajaan bersedia mempertimbangkan cadangan munasabah daripada pelbagai pihak bagi memastikan bantuan SARA terus relevan, inklusif dan memberi impak berganda kepada rakyat serta ekonomi tempatan.

Berita berkaitan
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
10 jam lalu· Isu semasa
GST belum sesuai dilaksana, kerajaan kekal SST: MOF
21 jam lalu· Isu semasa
Tiada lesen judi baharu diluluskan: MOF
21 jam lalu· Isu semasa
Eksekutif rugi RM617,000 diperdaya pelaburan aksesori kereta
November 22, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
8 jam lalu · Isu semasa
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
9 jam lalu · Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
10 jam lalu · Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
10 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
9 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok