Rakyat menikmati Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Program Bantuan Subsidi MADANI (BUDI MADANI).
Kerajaan akan mula menyalurkan bantuan sekali beri sebanyak RM100 kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas melalui MyKad bermula Isnin ini menerusi program SARA Untuk Semua.
Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan berkata rakyat boleh mula menyemak kelayakan mereka melalui portal rasmi sara.gov.my bermula hari ini.
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2.2 bilion bagi pelaksanaan bantuan ini dan ia akan dikreditkan secara automatik tanpa memerlukan sebarang permohonan.
“Tiada permohonan diperlukan dan ia akan dikreditkan secara automatik ke MyKad masing-masing serta sah digunakan sehingga 31 Disember 2026,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat.
Program ini merupakan sebahagian daripada Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diperkenalkan kerajaan bagi membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Pendekatan tanpa tunai melalui sistem MyKasih juga bertujuan memastikan bantuan disalurkan secara lebih telus dan terus kepada penerima sasaran.
Dalam perkembangan sama, kerajaan masih meneliti cadangan untuk memasukkan barangan basah sebagai kategori baharu di bawah program SARA.
Kajian ini melibatkan aspek keselamatan makanan, kualiti serta perlindungan pengguna sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.
Sehingga 3 Februari, jumlah rakan niaga SARA meningkat kepada 10,700 kedai di seluruh negara berbanding hanya 700 pada 2024, dengan kira-kira 3,000 daripadanya terdiri daripada peniaga kecil. Kerajaan menyasarkan rangkaian kedai runcit akan terus diperluaskan bagi memudahkan akses penerima.
Menurut Amir Hamzah, peluasan rangkaian ini dijangka mengurangkan jarak perjalanan penerima ke kedai runcit terdekat daripada sekitar 10 kilometer kepada tujuh kilometer, sekali gus memudahkan penggunaan bantuan oleh rakyat di seluruh negara.
Inisiatif ini dilihat sebagai sebahagian usaha berterusan kerajaan dalam memperkukuh jaringan keselamatan sosial dan memastikan bantuan sampai kepada golongan yang memerlukan secara lebih cekap.
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib