Bawah 16 tahun dilarang ada akaun media sosial sendiri, kecuali dikendalikan penjaga

March 4, 2026 · Isu semasa

Kerajaan menetapkan kanak-kanak berumur bawah 16 tahun tidak dibenarkan membuka akaun media sosial sendiri, namun akaun yang dikendalikan ibu bapa bagi pihak anak-anak masih dibenarkan.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, langkah itu diambil bagi melindungi golongan bawah umur daripada risiko keselamatan dalam talian termasuk ancaman pemangsa siber.

“Isu utamanya ialah siapa yang mengawal akaun tersebut. Kita tidak mahu anak-anak yang mengawal akaun itu sendiri.

“Kalau akaun dibuka oleh ibu bapa, sekurang-kurangnya mereka boleh tahu jika ada individu tidak dikenali cuba berhubung dengan anak mereka,” katanya pada sidang media Program Sejahtera MadaniKebajikan: Sumbangan Ihsan Kasih Ramadan 2026.

Menurut beliau, kerajaan kini melaksanakan pendekatan regulatory sandbox bersama beberapa platform media sosial bagi menguatkuasakan had umur 16 tahun untuk pendaftaran akaun baharu.

Pendekatan ini membolehkan mekanisme sekatan diuji terlebih dahulu sebelum dilaksanakan sepenuhnya.

Malaysia, jelasnya, memilih kaedah berbeza berbanding Model Age Assurance yang digunakan di Australia.

Negara ini akan memanfaatkan perundangan berkaitan MyKad sebagai elemen keselamatan tambahan untuk pengesahan identiti dan umur pengguna.

“Anak-anak masih boleh menonton kandungan seperti di YouTube, cuma mereka tidak boleh membuka akaun sendiri,” katanya lagi.

Isu keselamatan kanak-kanak dalam talian semakin mendapat perhatian sejak beberapa tahun kebelakangan ini susulan peningkatan kes gangguan siber dan eksploitasi digital.

Pakar keselamatan siber sebelum ini turut menekankan kepentingan pengesahan umur serta pemantauan ibu bapa dalam mengurangkan risiko tersebut.

Fahmi turut mengingatkan ibu bapa supaya lebih peka terhadap aktiviti digital anak-anak dan tidak membiarkan mereka menggunakan peranti tanpa pengawasan terlalu lama.

“Peranti bukan pengasuh. Ibu bapa ada tanggungjawab,” tegasnya.

Berita berkaitan
Pengesahan had umur: MCMC boleh kenakan denda RM10 juta kepada platform media sosial
24 jam lalu· Isu semasa
Pengesahan umur bertujuan lindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian: Fahmi
June 24, 2026· Isu semasa
TM salur RM500,000 bantu kebajikan pengamal media: Fahmi
June 20, 2026· Isu semasa
Kerajaan cari jalan bantu syarikat media hadapi cabaran ekonomi: Fahmi
June 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Malaysia terus kukuh antara negara paling aman dunia
June 25, 2026 · Isu semasa
IPTA terima kemasukan pelajar berdasarkan merit, tiada pintu belakang: Adam Adli
June 25, 2026 · Isu semasa
Parlimen bebas bahas, undi calon pendakwa raya: Azalina
June 25, 2026 · Isu semasa
Kuota 200 liter RON95 cukup untuk hampir semua pengguna: Amir Hamzah
2 jam lalu · Isu semasa
Ahli NGO didakwa cuci wang hampir RM18 juta, beli banglo dan kenderaan mewah
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok