Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, menggesa semua pemilik kenderaan agar segera menyelesaikan saman tertunggak mereka sebelum 30 Disember ini bagi mengelak tindakan tegas termasuk disenarai hitam.
Menurutnya, lebih 5.5 juta saman yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) masih belum dilangsaikan oleh orang ramai setakat kini.
“Saya ingin menekankan bahawa selepas 1 Januari 2026, sekiranya masih ada saman tertunggak yang belum dijelaskan, Lesen Kenderaan Motor (LKM) serta lesen memandu pemilik berkenaan boleh disenarai hitam,” tegas Loke.
“Maksudnya, mereka tidak akan dapat memperbaharui LKM dan ini akan diintegrasikan ke dalam sistem MySikap,” tambahnya lagi.
Berdasarkan rekod, jumlah saman tertinggi adalah di bawah Notis JPJ (P) 22 yang mencecah 3,685,164 saman, diikuti kompaun melalui Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) sebanyak 1,387,384 saman.
Loke menjelaskan orang ramai masih mempunyai peluang untuk melunaskan semua saman tertunggak dengan menikmati diskaun 50 peratus sehingga 30 Disember ini.
“Ini adalah peluang terbaik untuk membersihkan rekod. Selepas tarikh tersebut, JPJ akan melaksanakan tindakan mahkamah dan prosedur senarai hitam tanpa toleransi,” jelasnya.
Justeru, orang ramai diingatkan agar mengambil peluang ini untuk mengelak daripada berdepan kesulitan pada masa hadapan.
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum