Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Keempat.
Seramai 8.8 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima bayaran Fasa 4 bagi tahun 2025 mulai esok, lebih awal daripada jadual asal pada pertengahan November.
Perancangan ini disegerakan khas bagi meringankan beban kewangan penerima menjelang sambutan Deepavali yang bakal disambut masyarakat kaum India.
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan hari ini, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2 bilion untuk fasa ini, dengan nilai bayaran yang berbeza mengikut kategori, mencecah sehingga RM700.
Bayaran ini turut merangkumi 200,000 pemohon baharu yang telah diluluskan.
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim dalam kenyataan yang sama, menegaskan komitmen kerajaan untuk memastikan bantuan negara sampai kepada sasaran.
“Tekad Kerajaan MADANI adalah untuk memastikan bantuan yang melibatkan agihan limpahan negara ini dapat dimanfaat oleh segenap lapisan rakyat Malaysia,” katanya.
“Diharapkan penyaluran Fasa 4 STR 2025 ini sedikit sebanyak dapat memberi kelegaan kewangan menjelang sambutan Deepavali,” tambahnya lagi.
Berbanding Fasa 1 pada Januari lalu, jumlah penerima Fasa 4 menunjukkan peningkatan sebanyak 500,000 individu dan isi rumah.
Peningkatan ini adalah susulan keputusan kerajaan membuka permohonan dan rayuan baharu sepanjang tahun. Bagi memastikan lebih ramai rakyat mendapat manfaat, pendaftaran untuk STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 akan terus dibuka sepanjang tahun.
Bagi penerima sedia ada, data mereka akan dipindahkan secara automatik untuk semakan kelayakan bagi tahun 2026.
Pendekatan ini bertujuan mengurangkan risiko keciciran dan memastikan bantuan terus sampai kepada golongan yang memerlukan. Maklumat lanjut dan semakan status boleh dibuat melalui Portal Rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my.
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
Bekas CEO bank hadap pertuduhan tipu pelaburan RM139.8 juta
Tiga maut dilanggar lori imigresen terbabas: Polis tahan dua pemandu
DUN Negeri Sembilan lulus belanjawan tambahan RM40.35 juta
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri