Bayaran STR Fasa 2 diawalkan, bantu persiapan Aidilfitri rakyat: PMX

March 9, 2026 · Isu semasa

Kerajaan mengumumkan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan disalurkan lebih awal bermula 10 Mac bagi membantu rakyat membuat persiapan menjelang Aidilfitri yang dijangka disambut minggu hadapan.

Perdana Menter Anwar Ibrahim berkata, keputusan mempercepatkan pembayaran itu dibuat supaya penerima dapat menikmati bantuan kewangan lebih awal ketika kos persiapan perayaan meningkat.

“Jadi kita awalkan kepada 10 Mac 2026, saudara akan dapat dalam akaun STR Fasa 2,” katanya ketika berucap pada perjumpaan bersama warga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di Putrajaya.

Menurut beliau, pembayaran itu akan dibuat secara berperingkat bermula tarikh berkenaan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.3 bilion kepada kira-kira lima juta penerima di seluruh negara.

“Yang peringkat pertama diawalkan mulai 10 Mac membabitkan RM1.3 bilion untuk lima juta penerima STR supaya dapat dinikmati menjelang Aidilfitri,” katanya.

STR merupakan antara inisiatif bantuan tunai utama kerajaan yang diperkenalkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana menangani kos sara hidup yang semakin meningkat. Program itu diteruskan setiap tahun dengan beberapa fasa pembayaran kepada penerima yang layak.

Dalam perkembangan sama, Anwar turut mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2026 sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 15 dan ke bawah termasuk kakitangan lantikan kontrak. Bayaran itu akan disalurkan pada 13 Mac.

Beliau berkata pesara kerajaan, termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen, turut menerima bantuan sebanyak RM250 pada tarikh sama.

Kerajaan juga tidak melupakan golongan yang terlibat dalam pengurusan masjid dan pendidikan agama. Menurut Anwar, seramai kira-kira 70,000 imam, bilal, tok siak, noja, marbut serta guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan takmir akan menerima Bantuan Khas Kewangan Imam sebanyak RM500 pada 13 Mac.

Selain itu, kerajaan turut memperluas subsidi tiket penerbangan FLYsiswa kepada lebih banyak institusi pengajian tinggi.

Subsidi bernilai RM400 bagi laluan domestik antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak itu dijangka memanfaatkan lebih 50,000 pelajar pada 2026 berbanding kira-kira 44,000 pelajar tahun lalu.

Program ini bertujuan mengurangkan beban kos perjalanan pelajar, khususnya mereka yang perlu pulang ke kampung halaman.

Berita berkaitan
PMX umum peruntukan RM2 juta untuk Akademi Sepak Takraw
11 jam lalu· Isu semasa
Henti buat dakwaan palsu Malaysia hantar diesel ke Filipina: PMX
April 13, 2026· Isu semasa
Kuota matrikulasi kekal, pelajar 10A dapat laluan automatik: PMX
April 13, 2026· Isu semasa
Kerajaan tangani krisis ekonomi global secara lebih tersusun: Muhammad Kamil
April 12, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Harga minyak boleh naik hingga AS$150 setong jika konflik berlarutan
11 jam lalu · Isu semasa
Kapal Malaysia tersekat di Selat Hormuz dikepung tentera AS: Mohamad Hasan
11 jam lalu · Isu semasa
Isu stesen minyak kehabisan bekalan, Loke nafi negara berdepan krisis bahan api
11 jam lalu · Isu semasa
Kawalan ketat SPRM semasa program Azam Baki, elak kekecohan berulang
11 jam lalu · Isu semasa
Lebih 200,000 penjawat awam mula kerja dari rumah esok
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok