Bekalan petroleum negara kekal stabil, kerajaan sedia pelan kecemasan: Fadillah

April 2, 2026 · Isu semasa

Kerajaan memberi jaminan bekalan petroleum negara berada pada tahap mencukupi dan stabil meskipun dunia berdepan krisis tenaga global, dengan pelan kecemasan sentiasa siap untuk diaktifkan sekiranya berlaku gangguan.

Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof berkata, kerajaan bersama Petronas serta pemain industri memantau rantaian bekalan setiap hari bagi memastikan tiada gangguan serius kepada pengguna.

“Pelan kontingensi juga disediakan bagi memastikan kelangsungan bekalan dalam apa jua keadaan, termasuk mendapatkan bekalan daripada pasaran alternatif jika gangguan berpanjangan berlaku,” katanya dalam taklimat krisis tenaga global hari ini.

Beliau menegaskan hasil penyelarasan rapi itu, bekalan petroleum kekal stabil dan kerajaan komited melindungi kebajikan rakyat daripada kesan kenaikan harga tenaga.

Krisis tenaga global ketika ini dipacu konflik di Asia Barat yang memberi kesan kepada laluan strategik seperti Selat Hormuz, sekali gus meningkatkan ketidaktentuan pasaran dan menolak harga minyak ke paras lebih tinggi.

Sebagai ekonomi terbuka, Malaysia turut menerima tempias, namun kerajaan menegaskan keadaan masih terkawal.

Menurut Fadillah, kerajaan menetapkan lima keutamaan utama iaitu memastikan jaminan bekalan, memperkukuh kerjasama dengan industri, mengawal kenaikan harga, menggalakkan penjimatan tenaga serta menyampaikan maklumat tepat kepada rakyat.

Pada masa sama, pelarasan harga bahan api tidak bersubsidi dilaksanakan secara terkawal agar mencerminkan keadaan pasaran global tanpa membebankan rakyat.

Kerajaan juga terus memantau kos sara hidup termasuk harga barangan asas.

“Bekalan makanan asas kekal mencukupi, pemantauan harga dilakukan setiap hari dan tindakan tegas akan diambil terhadap kenaikan tidak munasabah,” katanya lagi.

Harga RON95 bersubsidi pula dikekalkan pada RM1.99 seliter sebagai langkah melindungi pengguna.

Fadillah turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mencetuskan kekeliruan.

“Kerajaan akan terus menyalurkan maklumat secara telus dan berkala. Namun, kejayaan kita mengharungi krisis ini juga bergantung kepada peranan semua pihak,” katanya.

Berita berkaitan
RM259.5 juta tunggakan projek luar bandar perlu dilunaskan: Zahid
November 1, 2026· Isu semasa
25 aduan petrol bercampur air di Perak: KPDN
November 1, 2026· Isu semasa
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
October 28, 2026· Isu semasa
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
October 24, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan kaji pengecualian PTPTN untuk graduan kelas pertama
6 jam lalu · Isu semasa
RM14 bilion wang tidak dituntut, ramai tak sedar: Amir Hamzah
6 jam lalu · Isu semasa
Winbox, Alibaba antara sindiket judi dalam talian terbesar dalam pantauan polis
9 jam lalu · Isu semasa
Pengerusi TH terima Ijazah Kehormat Doktor Da’wah dan Pengurusan USIM
11 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah keluar injunksi halang Bloomberg siar artikel berkait Farhash: Laporan
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok