Kes rasuah.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat seorang bekas menteri UMNO berhubung tuduhan penerimaan rasuah bernilai kira-kira RM5 juta dan sebuah kereta mewah jenama Lamborghini.
Siasatan ini berkaitan dengan projek papan iklan dan pemindahan tanah di Kuala Lumpur semasa menteri tersebut berada dalam kerajaan.
Bekas menteri tersebut telah memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.
Menurut satu sumber, fokus siasatan termasuk “mengesan punca pembayaran kereta mewah berkenaan.”
“Bagi kes pemindahan tanah pula, siasatan awal mendapati tanah-tanah yang sebelum ini digazetkan untuk pembinaan surau telah dipindah milik kepada satu syarikat proksi,” kata laporan media memetik sumber tersebut.
Sebanyak 16 saksi yang terdiri daripada kakitangan kerajaan dan pemilik syarikat telah diambil keterangan bagi membantu siasatan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki mengesahkan satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
“Setakat ini tiada sitaan aset atau pembekuan akaun dilakukan,” ujarnya.
Sebelum ini, media melaporkan bekas menteri yang pernah berkhidmat sebelum era Covid-19 itu disiasat berhubung penyelewengan yang didakwa berlaku di sebuah kementerian.
Ia membabitkan pemindahan sebidang tanah kerajaan yang bernilai tinggi kepada seorang pemaju hartanah terkemuka.
Siasatan berkenaan masih aktif dijalankan.
Henti bertelingkah, utamakan kebajikan rakyat: Anwar
ADUN PAS minta MB Perlis jelaskan sebab tangguh sidang DUN
Khairy dan Hishammuddin antara yang diterima balik masuk UMNO: Asyraf Wajdi
Darurat bukan jalan tangguh PRN, bercanggah amalan demokrasi: Hassan Karim
RM5 juta masuk akaun Bersatu, tiada satu masuk dalam akaun peribadi: Saksi
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan