Bekas PAT berdepan empat tuduhan rasuah dan pecah amanah

January 23, 2026 · Isu semasa

Bekas Panglima Angkatan Tentera, Mohd Nizam Jaffar, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas empat pertuduhan membabitkan salah guna kuasa, penerimaan wang suapan berjumlah RM752,481 serta pecah amanah dana Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) bernilai RM3 juta.

Mohd Nizam, 60, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad dan memohon untuk dibicarakan.

“Saya faham pertuduhan dan tidak mengaku bersalah,” katanya di mahkamah.

Kes ini menarik perhatian kerana tertuduh pernah memegang jawatan tertinggi dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan terlibat secara langsung dalam pengurusan kebajikan anggota tentera.

Pertuduhan berkait dengan keputusan perolehan barangan sambutan Hari Raya bagi TKAT ketika Mohd Nizam berperanan sebagai Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota dan pengerusi jawatankuasa berkaitan.

Bagi dua pertuduhan utama, beliau didakwa menggunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan dengan melantik beberapa syarikat bagi pembekalan barangan seperti kain pelikat, kain batik, alatan dan tuala mandi dengan nilai kontrak keseluruhan mencecah jutaan ringgit, sedangkan beliau mempunyai kepentingan dalam pelantikan berkenaan.

Kesalahan itu didakwa berlaku di Kementerian Pertahanan pada Jun 2024.

Selain itu, Mohd Nizam turut didakwa melakukan pecah amanah apabila meluluskan pelaburan tambahan RM3 juta daripada dana TKAT ke dalam sebuah syarikat tanpa kelulusan Jawatankuasa Pelaburan, yang didakwa berlaku pada Oktober 2024.

Pertuduhan keempat pula menyebut beliau menerima RM200,000 daripada seorang pengarah syarikat tanpa balasan, dengan pengetahuan
pemberian itu ada kaitan dengan urusan rasmi yang akan dijalankannya. Kesalahan itu didakwa berlaku pada Mac 2025.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib manakala tertuduh diwakili peguam Abdul Aziz Hamzah.

Pihak pendakwaan memohon jaminan tinggi memandangkan keseriusan pertuduhan, namun pihak pembelaan merayu atas faktor kesihatan dan rekod perkhidmatan tertuduh.

Hakim akhirnya membenarkan jaminan sebanyak RM180,000 dengan seorang penjamin, selain mengarahkan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan menetapkan sebutan kes pada 31 Mac ini.

Berita berkaitan
Kes tender PDRM: Saksi dedah bekas pegawai Hamzah rasa kecewa berhubung bayaran RM2 juta
July 23, 2026· Isu semasa
Perbicaraan Vivy Yusof: Saksi beritahu RM8 juta masuk dipindahkan ke akaun lain
July 20, 2026· Isu semasa
Zizie Izette bebas tuduhan rasuah RM2.8 juta
July 20, 2026· Isu semasa
Pelaburan KWAP rugi RM200 juta perlu disiasat: PMX
July 20, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
MCMC perkukuh penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi Program MADANI Kita
18 jam lalu · Isu semasa
Tiada pemimpin boleh hina mana-mana kaum, PM ingatkan Sanusi
22 jam lalu · Isu semasa
Anwar yakin Kabinet setuju dedah laporan RCI Tabung Haji
23 jam lalu · Isu semasa
MCMC siasat kandungan hina Islam di Facebook
July 25, 2026 · Isu semasa
Tarif AS tidak setinggi negara lain, rundingan akan tetap diteruskan: PMX
July 24, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik
16 jam lalu
[VIDEO] Zahid: Elok Sanusi balik Kedah, tak perlu lagi berkempen di NS
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok