Bekas Pengarah FELDA direman SPRM berhubung projek dan penjualan tanah

September 7, 2026 · Isu semasa

Bekas Pengarah Besar FELDA tiba di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini bagi prosiding reman berhubung siasatan salah guna kuasa membabitkan pelantikan syarikat pemaju bagi satu projek di ibu negara serta urusan penjualan tanah milik FELDA.

Individu berusia lewat 60-an itu tiba kira-kira jam 9.15 pagi dengan menaiki kenderaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau yang memakai baju berkolar hijau dibawa masuk ke kompleks mahkamah selepas ditahan SPRM pada jam 4 petang semalam.

Penahanan itu dibuat selepas beliau hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi memberikan keterangan. Turut ditahan seorang lelaki berusia lingkungan 50-an yang dipercayai membantu siasatan kes sama.

Siasatan berkenaan adalah sebahagian daripada Op FELLA, operasi khas berskala besar SPRM yang memberi tumpuan terhadap dakwaan penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah membabitkan FELDA serta anak syarikatnya, FELDA Investment Corporation Sdn Bhd (FIC).

SPRM dilaporkan membuka tujuh kertas siasatan berkaitan transaksi pelaburan dan pengambilalihan aset FELDA serta FIC dalam tempoh 10 tahun, antara 2010 hingga 2020.

Enam kertas siasatan baharu dibuka pada 24 Ogos lalu, manakala satu lagi ialah kertas siasatan lama yang masih aktif dan sedang melalui proses Bantuan Perundangan Bersama (MLA).

Antara perkara yang disiasat termasuk pelaburan dalam Syarikat Tataran Aras Sdn Bhd di Limbang, Sarawak, pengambilalihan Grand Borneo Hotel Sdn Bhd di Sabah dan pembelian Grand Plaza Serviced Apartments di London.

Siasatan turut meliputi penubuhan Felda Wellness Corporation Sdn Bhd, pengambilalihan FELDA House dan Grand FELDA House serta dakwaan penyelewengan dalam pembangunan Projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC).

Selain itu, SPRM turut meneliti semula satu kertas siasatan lama membabitkan hartanah Park City Grand Plaza yang kini berada dalam proses MLA.

Op FELLA dilihat sebagai antara siasatan terbesar SPRM terhadap urus niaga pelaburan dan pengurusan aset FELDA bagi tempoh sedekad berkenaan.

Perkembangan itu turut memberi perhatian terhadap keputusan pengurusan terdahulu dalam urusan pelaburan, pengambilalihan aset dan pembangunan hartanah FELDA.

Berita berkaitan
Lima tahun dibicarakan, pendakwaan tutup kes terowong Guan Eng
9 jam lalu· Politik
NGO desak SPRM, AG jelaskan status siasatan RM1.1 bilion libat Rafizi
19 jam lalu· Politik
Isu penilaian hartanah TH, bekas CEO dan CFO dihadapkan ke mahkamah
October 22, 2026· Isu semasa
72 rakyat Malaysia ditahan dalam kes dadah di luar negara: Polis
October 22, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
9 jam lalu · Isu semasa
PTPTN perinci penangguhan bayaran balik, umum tidak lama lagi
15 jam lalu · Isu semasa
Anwar: Ahli politik dilarang campur tangan pelaburan GLIC
18 jam lalu · Isu semasa
MCA tak puas hati: BN wajar pertimbang pilihan solo, elak terikat rundingan kerusi
October 26, 2026 · Isu semasa
KPKT batalkan 28,401 lesen, warga asing berniaga haram diburu
October 26, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok