P Ramasamy.
Sebanyak 17 pertuduhan dihadapi bekas Timbalan Ketua Menteri (TKM) II Pulau Pinang, P Ramasamy selepas dihadapkan ke mahkamah pagi ini.
Ramasamy, 76, didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang di George Town atas 17 pertuduhan salah guna kedudukannya sebagai Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang (LWHPP).
Pengerusi Penaja Parti Bersepakat Untuk Hak Rakyat Malaysia (Urimai) itu didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang di George Town.
Ramasamy semasa dibacakan kertas pertuduhan membuat pengakuan tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Ramasamy berdepan 13 pertuduhan membabitkan pembelian pedati emas, manakala masing-masing dua berkait kelulusan bantuan pendidikan dan kelulusan bantuan perubatan LWHPP.
Ismail Lasim nafi letak jawatan MB Negeri Sembilan
Mahkamah gantung notis batal pendaftaran PN
12 tuntutan MA63 dalam empat tahun berjaya diselesaikan: Mustapha
Adly: PH tidak tanding semua kerusi di Melaka
PRN Melaka: PAS sedia guna lambang bulan selepas PN dibatalkan RoS
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum