Belanjawan 2026 perkukuh agenda perangi rasuah: Azam Baki

October 11, 2025 · Isu semasa

Belanjawan 2026 yang diumumkan semasa disifatkan sebagai satu langkah berani oleh kerajaan dalam memperkukuh agenda integriti, membanteras rasuah dan menutup ruang ketirisan hasil negara.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki berkata belanjawan tersebut mencerminkan komitmen serius kerajaan untuk kesejahteraan rakyat dan pihaknya menyambut baik penegasan kerajaan terhadap aktiviti rasuah, penyelewengan dan ketirisan yang amat merugikan negara.

“Tindakan tegas penguatkuasaan tanpa pilih kasih yang berjaya mengembalikan hasil negara mencecah RM15.5 bilion dalam tempoh dua tahun membuktikan keberkesanan tindakan bersama agensi-agensi penguatkuasaan,” katanya dipetik laporan Bernama.

Azam turut mengalu-alukan peruntukan besar melebihi RM700 juta yang disediakan untuk memperkukuh keupayaan badan penguatkuasaan, termasuk SPRM.

“Kami amat menghargai langkah kerajaan ini, khususnya dalam aspek latihan dan perolehan aset,” tambahnya.

Beliau juga menyambut baik penggubalan Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan serta pelaksanaan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal dan reformasi institusi ini penting bagi menambah baik sistem perolehan dan memastikan ketelusan dalam pengurusan dana awam.

Mengenai cadangan potongan cukai bagi sumbangan kepada program pencegahan rasuah, Azam Baki berkata langkah itu dapat memberi menambah kerjasama rapat untuk memberi kesedaran kepada orang ramai.

“Inisiatif ini bakal membuka ruang kerjasama yang lebih erat dengan masyarakat sivil dan pihak swasta, seterusnya menggalakkan pembabitan rakyat dalam agenda pencegahan rasuah,’ ujarnya.

Azam menegaskan komitmen SPRM untuk terus melaksanakan mandat secara bebas, telus dan profesional.

“Seiring aspirasi Belanjawan 2026, SPRM yakin dengan sokongan rakyat, budaya integriti dapat diperkukuh, tatakelola baik dapat dipertingkatkan dan usaha pembanterasan rasuah terus diperkasa demi kesejahteraan dan faedah rakyat,” katanya.

Belanjawan 2026 yang bertemakan ‘Belanjawan Rakyat’ memperuntukkan RM470 bilion perbelanjaan awam, menandakan satu langkah penting dalam memperkukuh tadbir urus dan ekonomi negara.

Berita berkaitan
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
17 jam lalu· Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
18 jam lalu· Isu semasa
PAS dicabar tarik balik Amanat Hadi, ramai orang UMNO masih tersinggung
19 jam lalu· Politik
Amanah cadang PH bentuk ‘khemah besar’ hadapi PRU-16, kerjasama dengan Bersatu
23 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
September 5, 2026 · Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
13 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
17 jam lalu · Isu semasa
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
19 jam lalu · Isu semasa
Jerebu makin teruk IPU Serian cecah 521, Anwar bincang tindakan dengan Sarawak
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok