Bersatu berhak kemuka calon PM, keputusan muktamad perlu bincang: Tuan Ibrahim

September 12, 2025 · Politik

PAS tidak berhasrat untuk mempersoalkan keputusan Parti Bersatu yang menamakan Presidennya, Muhyiddin Yassin, sebagai calon perdana menteri (PM) ke-11.

Timbalan Presiden PAS, Ibrahim Tuan Man bagaimanapun menegaskan sebarang keputusan muktamad hanya akan ditentukan melalui perbincangan dalam mesyuarat Perikatan Nasional (PN) yang diputuskan secara bersama.

“Kita dalam PN, apa pun keputusan penting yang melibatkan dasar, kita akan bawa dalam mesyuarat PN. Bagi kami, parti-parti politik itu kita hormati hak masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Ke-66 di Kompleks PAS Kedah hari ini.

Beliau mengulas laporan media berikutan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu yang berakhir pada Ahad lalu meluluskan usul menamakan Muhyiddin, yang juga Ahli Parlimen Pagoh, sebagai calon PM.

Menurut Tuan Ibrahim, PAS tidak mahu tergopoh-gapah dalam menentukan calon PM dan sebaliknya lebih menumpukan usaha untuk memenangi pilihan raya yang akan datang.

“Dalam PAS, kita tahu banyak tokoh yang berupaya dan mampu kita tonjolkan.

“Tetapi bagi kami, lebih penting kita fokus kepada menang pilihan raya; gerak kerja perlu dipertingkatkan berbanding isu calon Perdana Menteri,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden, menyuarakan harapan agar PN mempertimbangkan calon PM daripada kalangan anak muda.

“Sudah tentu kita mahu calon anak muda diangkat sebagai PM. Nak namakan Afnan Hamimi pun boleh,” katanya.

Berita berkaitan
Bersatu dakwa PAS yang rosakkan PN, desak jawab aduan RoS
October 6, 2026· Politik
Bersatu didakwa mahu lumpuhkan PN menjelang PRN Melaka: Takiyuddin
October 6, 2026· Politik
Fahmi: PH belum muktamadkan kerjasama bagi PRN Melaka
October 6, 2026· Politik
PRN Melaka: PN tunggu tarikh penamaan calon sebelum putus kerjasama
October 6, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Kes DNAA Zahid: Badan Peguam tunggu keputusan rayuan 14 Jun tahun depan
1 jam lalu · Politik
AMK: GPS, GRS sanggup terima PM daripada PAS?
2 jam lalu · Politik
Mahfuz persoal Sanusi: Mana hasil projek mega Kedah?
6 jam lalu · Politik
Isu perkataan ‘lighad’: Lim Sian See dipanggil polis
7 jam lalu · Politik
Zahid tak akan benar usul gugat MB Negeri Sembilan
October 10, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok