Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Mohd Puad Zarkashi.
Bersatu perlu mencari jalan untuk mendapatkan semula pengaruh dalam Perikatan Nasional (PN), bukannya mengambil keputusan meninggalkan gabungan itu, kata bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Puad Zarkashi.
Menurut Puad, Bersatu kini berada dalam kedudukan sukar dan perlu membuat keputusan strategik bagi memastikan kelangsungan parti dalam politik negara.
Beliau berkata, Bersatu mempunyai tiga pilihan, termasuk membubarkan parti, membentuk gabungan baharu atau terus kekal dalam PN sambil berusaha menguasai semula gabungan berkenaan.
“Bersatu sebenarnya ‘hidup segan, mati tak mahu’. Jika keluar daripada PN, Bersatu mungkin berdepan nasib sama seperti Parti Berjasa dan Parti Pejuang, iaitu kekal wujud tetapi tidak mempunyai pengaruh besar.
“Pilihan ketiga paling wajar ialah terus kekal dalam PN dan mencari jalan untuk menguasai semula gabungan itu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Puad berkata, Bersatu masih mempunyai ruang untuk mempertahankan kedudukannya dalam PN memandangkan gabungan itu mempunyai asas sokongan politik yang boleh terus dimanfaatkan.
Katanya, Bersatu perlu lebih berhati-hati dalam membuat keputusan kerana tindakan keluar daripada PN berpotensi menyebabkan parti itu semakin terpinggir daripada arus politik utama.
“Biar rakyat melihat sendiri bagaimana cara Pas berkawan dalam politik. Pada masa sama, diharapkan UMNO sedar keadaan sebenar dan tidak terlalu yakin dengan kedudukannya sendiri.
“Bersatu perlu bijak membaca keadaan dan tidak terburu-buru mengambil keputusan yang boleh menjejaskan kelangsungan serta masa depan parti,” katanya.
Beliau turut menyenaraikan kemungkinan Bersatu membubarkan parti dan menyerahkannya kepada pihak yang berminat, selain membentuk gabungan politik baharu bersama rakan komponen yang mempunyai pengaruh.
Puad turut mengambil beberapa parti kecil sebagai contoh, termasuk Parti Berjasa dan Parti Pejuang, yang menurutnya masih wujud tetapi tidak lagi mempunyai pengaruh besar dalam politik negara.
Beliau turut menyentuh Parti Cinta Malaysia (PCM) yang melalui proses perubahan sebelum dikenali sebagai Parti Wawasan.
Mahfuz: Kalau mahu bela pendeposit TH, pembangkang patut duduk dan bahas
Syed Saddiq bidas pembangkang boikot keluar dewan, ini amanah pendeposit TH
CEO TH dalam lembaga 1MDB ketika beli tanah TRX, Parlimen diberitahu kerugian RM145.3 juta
Keluar Dewan: Pembangkang PN tak peduli amanah pendeposit Tabung Haji?
Bendera tanpa bulan bintang, Akmal mahu penjelasan MBKT
[VIDEO] Anak perantauan digesa balik, undi calon PH demi masa depan Negeri Sembilan