Bersatu masih komponen PN, tapi hubungan politik terhenti secara teknikal: Takiyuddin

4 jam lalu · Politik

Bersatu masih kekal sebagai parti komponen yang sah dalam Perikatan Nasional (PN) dari sudut undang-undang dan perlembagaan, namun hubungan politik dengan gabungan itu dianggap terputus secara teknikal.

Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan berkata, kedudukan Bersatu sebagai parti komponen PN tidak boleh dinafikan dari segi perundangan, walaupun PAS sudah menghentikan hubungan politik dengan parti berkenaan.

“Sebagai setiausaha agung, saya boleh mengesahkan dari segi undang-undang, Bersatu masih parti komponen PN.

“Kita tidak boleh menafikannya dari sudut perlembagaan. Tetapi dari segi moral dan politik, sebab itu saya menggunakan perkataan ‘secara teknikal’ – Bersatu telah terputus hubungan dengan PN,” katanya dipetik laporan media hari ini.

Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung PAS berkata, terdapat perbezaan antara hubungan Bersatu dengan PAS dan kedudukan Bersatu dalam PN.

Menurutnya, keputusan Bersatu menggunakan logo sendiri ketika bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan menunjukkan parti itu semakin menjauhkan diri daripada PN.

“Bagi kami, secara teknikalnya mereka telah keluar. Mereka bertanding menggunakan lambang Bersatu, bukannya PN.

“Jadi, tidak ada lagi persefahaman politik antara PAS dan Bersatu. Ia telah berakhir,” katanya.

Bagaimanapun, Takiyuddin berkata PAS memilih untuk menggunakan istilah ‘menghentikan hubungan politik’ dengan Bersatu dan bukannya menyatakan hubungan kedua-dua parti itu telah diputuskan.

“Kami menggunakan perkataan, ‘kami menghentikan hubungan tersebut’. Kami menghentikan hubungan politik dengan Bersatu,” katanya.

Jumaat lalu, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata, hubungan antara PAS dan Bersatu semakin retak selepas pintu perdamaian antara kedua-dua parti dianggap sudah tertutup.

Pendirian itu susulan keputusan Bersatu untuk bertanding menentang PN pada PRN Negeri Sembilan yang berlangsung pada 1 Ogos lalu.

Abdul Hadi turut menyatakan keadaan menjadi lebih rumit susulan kenyataan pemimpin Bersatu mengenai kemungkinan parti itu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) menjelang pilihan raya Melaka.

Perkembangan berkenaan menambah tekanan terhadap hubungan dalam PN ketika gabungan itu berdepan persiapan menghadapi pilihan raya akan datang.

Berita berkaitan
Amanah Johor bidas Sanusi amal politik maki hamun, persoal PAS berdiam diri
4 jam lalu· Politik
UMNO negeri dibenarkan teroka kerjasama dengan parti lain, tapi bersyarat: Asyraf
August 29, 2026· Politik
Pintu damai PAS-Bersatu sudah tertutup: Hadi
August 28, 2026· Politik
Aziz Bari gesa UMNO, PAS henti pertikai RCI Tabung Haji
August 26, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
BN tunggu DUN Melaka bubar sebelum runding kerjasama: Zahid
4 jam lalu · Politik
PH tunggu keputusan UMNO-BN, Amiruddin sudah hubungi Rauf bincang kerjasama
23 jam lalu · Politik
Siasatan Tabung Haji diteruskan, PMX mahu elak kerugian berulang
23 jam lalu · Politik
Ketirisan disekat, wang rakyat akan dipulangkan: Anwar
August 29, 2026 · Politik
Kes bendera terbalik: Mengapa MCA Perak diberi layanan berbeza dengan rakyat lain?
August 29, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok