BN tunggu DUN Melaka bubar sebelum runding kerjasama: Zahid

5 jam lalu · Politik

Barisan Nasional (BN) hanya akan memulakan rundingan rasmi mengenai kerjasama menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu dibubarkan.

Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu diserahkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Ab Rauf Yusoh untuk menggerakkan rundingan berkaitan.

“Kita telah menyerahkan kepada Pengerusi BN Melaka, Ab Rauf Yusoh dan saya fikir beliau akan adakan perbincangan rasmi setelah Dewan Undangan Negeri Melaka dibubarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Laman Usahawan Desa pada Pameran MAHA 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, persiapan menghadapi PRN Melaka sudah dibincangkan bersama seluruh Biro Politik UMNO negeri berkenaan.

Menurutnya, hasil kajian serta data berkaitan keadaan politik dan sokongan rakyat turut dibentangkan kepada kepimpinan parti untuk penelitian.

“Kita tidak ada masalah daripada kajian data yang kita perolehi dan sebagaimana yang saya sebutkan itu mungkin diadakan perundingan sekarang, mungkin perbincangan tidak rasmi telah ada,” katanya.

Beliau berkata, BN menyerahkan kepada kepimpinan UMNO Melaka, khususnya Ab Rauf, untuk menentukan langkah seterusnya berkaitan bentuk kerjasama bagi menghadapi PRN.

Ab Rauf sebelum ini memaklumkan Melaka sudah bersedia menghadapi PRN, termasuk mengambil kira perkembangan politik semasa serta momentum sokongan rakyat di lapangan.

Persiapan PRN Melaka turut menjadi antara agenda dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO baru-baru ini, dengan tumpuan diberikan kepada strategi parti dan perkembangan politik negeri.

Kedudukan BN menjadi perhatian menjelang PRN Melaka susulan parti itu mempunyai beberapa pilihan, termasuk meneruskan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), mengadakan rundingan dengan Perikatan Nasional (PN) atau bertanding secara solo.

Pada PRN Melaka 2021, BN mencatat kemenangan besar dengan menguasai 21 daripada 28 kerusi DUN.

Berita berkaitan
PH tunggu keputusan UMNO-BN, Amiruddin sudah hubungi Rauf bincang kerjasama
August 29, 2026· Politik
UMNO negeri dibenarkan teroka kerjasama dengan parti lain, tapi bersyarat: Asyraf
August 29, 2026· Politik
Pintu damai PAS-Bersatu sudah tertutup: Hadi
August 28, 2026· Politik
Jalur Gemilang terbalik, MCA Perak tampil mohon maaf
August 28, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Bersatu masih komponen PN, tapi hubungan politik terhenti secara teknikal: Takiyuddin
5 jam lalu · Politik
Amanah Johor bidas Sanusi amal politik maki hamun, persoal PAS berdiam diri
5 jam lalu · Politik
Siasatan Tabung Haji diteruskan, PMX mahu elak kerugian berulang
August 29, 2026 · Politik
Ketirisan disekat, wang rakyat akan dipulangkan: Anwar
August 29, 2026 · Politik
Kes bendera terbalik: Mengapa MCA Perak diberi layanan berbeza dengan rakyat lain?
August 29, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok