Isu rasuah di Malaysia.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan wang negara yang berjaya diselamatkan daripada ketirisan dan salah guna perlu dikembalikan kepada rakyat supaya hasil negara dapat dinikmati golongan yang berhak.
Menurutnya, kerajaan tidak boleh berdiam diri apabila berlaku kehilangan atau ketirisan dana awam, sebaliknya tindakan mesti diambil berdasarkan siasatan dan bukti.
“Saya nak sekat yang itu, ambil balik, bagi balik kepada rakyat. Itu saja. Itu kena maki berbagai-bagai.
“Kalau orang nak RM2,000 saja, yang kamu ambil dan bagi hilang ini bilion-bilion ringgit, saya nak sekat yang itu, ambil balik, bagi balik kepada rakyat,” katanya ketika berucap pada Program Skim Usahawan Bangkit (SUB) Madani Permatang Pauh di Dewan Yayasan Aman Penanti, Kubang Semang pada Sabtu.
Anwar berkata, ketegasan kerajaan dalam menangani ketirisan mungkin mengundang kritikan, namun prinsip tadbir urus yang baik perlu dipertahankan demi kepentingan rakyat.
Beliau turut menyentuh isu berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) dan dakwaan kehilangan dana RM12 bilion yang menurutnya perlu disiasat secara menyeluruh bagi menentukan bagaimana kehilangan itu berlaku serta pihak yang bertanggungjawab.
“Saya kata duit hilang RM12 bilion. Macam mana hilang? Bila hilang? Siapa bagi hilang? Kamu siasat.
“Ada siasatan, ada bukti, heret pergi. Ada bukti kuat, dakwa ke mahkamah. Kemudian serah kepada hakim,” katanya.
Menurut Anwar, proses perundangan perlu dihormati kerana keputusan bersalah atau tidak bukan terletak pada dirinya sebagai Perdana Menteri, sebaliknya mahkamah.
“Dia tak salah, lepas. Dia salah, pergi Sungai Buloh, ke Kajang, ikutlah. Itu cara kita perintah tadbir,” katanya.
Pada masa sama, Anwar berkata kerajaan akan terus memastikan bantuan serta peruntukan yang disediakan sampai kepada rakyat yang layak dan tidak diselewengkan.
Katanya, jumlah bantuan kepada rakyat mungkin bernilai ratusan atau ribuan ringgit, namun ketirisan membabitkan dana awam boleh mencecah jumlah jauh lebih besar.
“Dulu, kadang orang atas itu, dia ambil banyak. Kalau hak dia tak apa. Ini kita nak bagi berapa? RM800, paling tinggi RM4,000. Tapi yang hilang, puluh ribu juta,” katanya.
Anwar berkata kritikan tidak akan menghalangnya daripada meneruskan usaha membanteras ketirisan dan memastikan wang negara digunakan untuk kepentingan rakyat.
“Saya kata, makilah banyak mana pun. Saya gaji pun tak ambil.
“Saya nak tunjuk, tak semua wakil rakyat, tak semua menteri, tak semua pemimpin duduk kerja nak ambil duit orang saja. Itu saja saya nak bagi mesej,” katanya.
PH tunggu keputusan UMNO-BN, Amiruddin sudah hubungi Rauf bincang kerjasama
UMNO negeri dibenarkan teroka kerjasama dengan parti lain, tapi bersyarat: Asyraf
Kes bendera terbalik: Mengapa MCA Perak diberi layanan berbeza dengan rakyat lain?
Mahfuz gesa Mufti Kedah beri panduan isu ‘doa pecah perut’ dibuat Sanusi
Pintu damai PAS-Bersatu sudah tertutup: Hadi
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri