BM dan Sejarah kini wajib untuk semua aliran sekolah: Anwar

January 20, 2026 · Isu semasa

Semua aliran sekolah di Malaysia, termasuk sekolah antarabangsa, sekolah agama dan sekolah aliran Sijil Peperiksaan Bersama (UEC), diwajibkan mengambil subjek Bahasa Melayu dan Sejarah dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), selaras dengan usaha kerajaan menyatukan ekosistem pendidikan negara.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata tiada lagi pengecualian dalam perkara itu kerana kedua-dua subjek berkenaan adalah asas penting pembinaan negara dan identiti kebangsaan.

“Tanpa kecuali, semua wajib mengambil ujian Bahasa Melayu SPM dan juga Sejarah Malaysia. Ini termasuk sekolah antarabangsa, sekolah agama rakyat, maahad tahfiz dan sekolah aliran UEC,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035, hari ini.

Menurut beliau, langkah itu juga bertujuan menamatkan polemik lama berkaitan laluan pelajar dari sistem pendidikan bukan arus perdana ke pendidikan tinggi.

“Dengan kaedah ini, laluan ke pendidikan tinggi tidak lagi perlu jadi isu berpanjangan. Kita terima semua aliran, asalkan syarat asas ini dipenuhi,” katanya.

Isu pengiktirafan UEC dan perbezaan sistem pendidikan sering menjadi perdebatan kerana melibatkan bahasa pengantar dan kurikulum yang tidak sepenuhnya selari dengan sistem kebangsaan.

Kerajaan kini memilih pendekatan menyeluruh dengan menetapkan keperluan minimum yang sama untuk semua.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar juga memaklumkan di peringkat universiti, mata pelajaran umum yang telah dirombak akan diperkenalkan dan diajar sepenuhnya dalam Bahasa Melayu kepada pelajar Malaysia.

“Subjek Perlembagaan dan Sejarah Malaysia akan dimasukkan dalam kurikulum universiti awam dan swasta bagi memastikan pelajar faham asas negara walau apa pun bidang pengajian mereka,” katanya.

Pada masa sama, kerajaan turut memberi perhatian kepada kebajikan mahasiswa dengan menyediakan 5,000 tempat penginapan tambahan bermula tahun ini.

“Isu tempat tinggal pelajar ini nyata membebankan. Kita tak boleh biarkan kos sewa terus menghimpit mereka,” katanya.

Anwar jgua berkata syarikat pelaburan berkaitan kerajaan akan bekerjasama dengan universiti untuk membangunkan kemudahan tersebut.

Sementara itu, Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abd Kadir menegaskan isu UEC tidak boleh dilihat secara terpisah.

“Semua sistem pendidikan di luar sistem kebangsaan perlu memenuhi prasyarat yang sama, iaitu pengajaran Bahasa Melayu dan Sejarah Malaysia. Pendekatan ini lebih adil dan menyeluruh,” katanya pada sidang media selepas majlis sama.

Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035 merangkumi keseluruhan ekosistem pendidikan negara dan dilaksanakan bersama oleh Kementerian Pendidikan serta Kementerian Pendidikan Tinggi.

Berita berkaitan
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
9 jam lalu· Isu semasa
Bukan kerajaan sebar dokumen pengampunan Najib, jangan buat tohmahan
20 jam lalu· Politik
Jangan abaikan madrasah dalam mengejar kemajuan negara: Anwar
November 23, 2026· Isu semasa
Jangan pertahan pemimpin rasuah kerana sebangsa: Mat Sabu
November 21, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
7 jam lalu · Isu semasa
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
7 jam lalu · Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
8 jam lalu · Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
9 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
7 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok