Ahmad Zahid Hamidi.
Barisan Nasional (BN) tidak akan bertanding di semua 73 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan datang, menurut Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkata sudah mengenal pasti jumlah kerusi yang sesuai dan berpotensi tinggi untuk dimenangi dan strategi ini termasuk bekerjasama dengan ‘kuasa ketiga’ di negeri ini bagi memastikan kemenangan calon-calon BN.
“Yang pasti kita tidak akan bertanding di seluruh 73 kerusi untuk PRN Sabah ke-17 ini.
Tetapi ada jumlah-jumlah kerusi yang kita fikirkan di mana kita akan meletakkan calon berdasarkan kepada kebolehmenangan,” katanya dipetik laporan media semasa program di Sabah semalam.
Zahid, yang juga Pengerusi BN, menyatakan keyakinan bahawa BN bukan sahaja akan mempertahankan kerusi sedia ada, malah akan menambah jumlah kerusi baharu.
“Ya pasti, kerana dulu kita memenangi 14 kerusi dan pasti lebih daripada 14,” ujarnya.
Mengenai kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), Zahid menjelaskan perbincangan telah diadakan bagi mengelakkan pertindihan calon.
“Kita telah memuktamadkan perbincangan dengan PH sekurang-kurangnya supaya tidak berlaku pertindihan. Tetapi kita akan juga memutamadkan sepenuhnya apabila pembubaran itu telah rasmi dibuat,” jelasnya.
Beliau menambah, pengumuman rasmi jumlah kerusi yang akan ditandingi oleh BN akan dibuat kelak, dengan fokus utama adalah pada kawasan yang mempunyai kebarangkalian menang yang tinggi.
Rayuan Majlis Peguam cabar pengampunan Najib diputuskan 7 Januari: Bernama
AGC: Kerajaan Negeri Sembilan tiada kuasa gantung dua pegawai kanan
Krisis Negeri Sembilan: MB umum dua pegawai kanan digantung tugas
Hassan saran Anwar kekalkan Loke dalam Kabinet, tolak peletakan jawatan
Pembatalan lantikan Exco Negeri Sembilan sah, ada asas Perlembagaan: Peguam
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum