Pemuda GRS gesa tolak BN daripada menyertai kerajaan negeri Sabah pimpinan Hajiji.
Barisan Nasional (BN) bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana parti dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan datang, dengan syarat utama iaitu tidak melibatkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS.
Pendirian itu dinyatakan sendiri oleh Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, sebagai satu keputusan yang telah dimuktamadkan.
Zahid menjelaskan pendekatan BN adalah untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan pihak lain yang sehaluan dengan prinsip perjuangan mereka tetapi pintu kerjasama dengan GRS telah tertutup sepenuhnya.
“Kita sebut bahawa BN-PH ‘plus’ ‘plus’ ‘plus’. Ertinya kita bersedia bersama dengan mana-mana pihak yang bersetuju dengan prinsip parti kita,” jelas Zahid.
“GRS kita sudah muktamadkan kerana mereka yakin mereka mampu menang banyak. Jadi mereka tidak memerlukan BN. Kita ucapkan selamat berjaya kepada mereka,” tambahnya lagi.
Keputusan untuk tidak bekerjasama dengan GRS itu merupakan keputusan muktamad yang telah diputuskan oleh BN dan UMNO Sabah.
Zahid sebelum ini menyatakan GRS lebih memilih untuk bekerjasama hanya dengan PH dalam pilihan raya negeri kali ini.
Menurut Zahid lagi, sikap terbuka BN untuk bekerjasama dengan parti-parti lain adalah bagi mengelakkan berlakunya pertindihan calon di kawasan yang mempunyai tahap kemenangan yang tinggi.
Strategi ini dilihat penting untuk memaksimumkan peluang kejayaan gabungan yang disokong BN.
Dengan pengumuman ini, landskap politik PRN Sabah dijangka menjadi lebih menarik dengan BN secara rasmi mengetepikan GRS, sambil membuka ruang untuk kemungkinan pakatan baharu.
Amanah gesa dakwaan campur tangan asing disiasat, bukan jadi modal politik PAS
Undi PAS bukan tiket ke syurga: Mujahid
MB Negeri Sembilan tegaskan sokongan kepada Tuanku Muhriz
Syurga bukan milik parti politik: Menteri Agama
Fuziah: Jangan gopoh adakan PRU-16 hanya kerana kepentingan politik
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum