BN menang di Kinabatangan dan Lamag, isyarat sokongan rakyat: Zahid

January 25, 2026 · Politik

Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dilihat sebagai petunjuk jelas keyakinan rakyat terhadap kepimpinan dan kestabilan politik di Sabah.

Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, berkata keputusan itu membuktikan rakyat mahu kesinambungan kepimpinan yang mampu membawa pembangunan berterusan di kawasan berkenaan.

Menurutnya, mandat yang diberikan bukan sekadar kemenangan politik, tetapi satu amanah besar yang perlu digalas dengan penuh tanggungjawab.

“Mandat ini adalah kepercayaan rakyat untuk meneruskan legasi khidmat Allahyarham Bung Moktar Radin yang menjadikan Kinabatangan dan Lamag sebagai keutamaan perjuangannya,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada jentera BN serta rakan dalam Kerajaan Negeri Sabah yang bekerja keras memastikan kemenangan tersebut.

Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Arthur Joseph Kurup, pula menyifatkan kejayaan calon Kerajaan Perpaduan itu sebagai gambaran kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan yang stabil, berintegriti dan bertanggungjawab.

Katanya, keputusan PRK berkenaan mencerminkan kesatuan politik dan kematangan kerjasama antara parti.

“Apabila pemimpin bersatu, rakyat akan memberikan kepercayaan. Amanah ini perlu digalas dengan iltizam tinggi supaya Kinabatangan dan Lamag terus dibela dan diperkasa,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki, menegaskan kemenangan tersebut membuktikan keberkesanan gerak kerja jentera parti yang tersusun dan menyeluruh. Menurutnya, komitmen jentera yang turun padang siang dan malam menjadi faktor penting kejayaan BN.

PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan Mohd Kurniawan Naim Moktar mempertahankan kerusi yang disandang keluarganya sejak 1999 dengan majoriti 14,214 undi, menewaskan calon WARISAN dan Bebas.

Di DUN Lamag pula, Mohd Ismail Ayob mengekalkan kemenangan BN dengan majoriti 5,681 undi.

PRK ini diadakan susulan kematian Bung Moktar Radin pada 5 Disember lalu, sekali gus menjadikan keputusan pengundi sebagai ukuran awal sokongan terhadap hala tuju politik dan pembangunan di Sabah.

Berita berkaitan
BN masih runding, keputusan kerjasama tunggu selepas mesyuarat SPR: Zahid
October 4, 2026· Politik
PRN Melaka: Amanah masih buka ruang kerjasama, tunggu ‘jodoh’ politik
October 4, 2026· Politik
PRN Melaka: Johari ingatkan parti politik jaga kestabilan
October 4, 2026· Politik
PH sedia solo jika tiada kerjasama di Melaka: Amirudin
October 3, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Chean Chung sertai parti Rafizi selepas letak jawatan MP Petaling Jaya
8 jam lalu · Politik
MYEG digantung bukan isu politik: Loke
8 jam lalu · Politik
Lee Chean Chung letak jawatan, kerusi Petaling Jaya disahkan kosong
9 jam lalu · Politik
PN cabar RoS di mahkamah, mahu kepastian sebelum PRN Melaka
9 jam lalu · Politik
Loke kekal pendirian berundur selepas Najib pulang ke rumah
October 4, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok