BN, PH dalam kerajaan sama tetapi guna logo berbeza: Mohamad Sabu

5 jam lalu · Politik

Pengundi berkemungkinan keliru dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 apabila Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bertanding menggunakan logo berbeza meskipun kedua-dua gabungan itu berada dalam kerajaan Persekutuan.

Presiden Parti Amanah, Mohamad Sabu berkata situasi itu membolehkan BN dan PH masing-masing mengaitkan pencapaian kerajaan sebagai kejayaan mereka, sekali gus menyerahkan kepada pengundi untuk membuat penilaian.

“Rakyat agak sedikit keliru sebab BN pun dalam kerajaan, PH pun dalam kerajaan. Jadi, kalau apa kejayaan yang disebut oleh BN adalah kejayaan kerajaan, kami pun sebut ia kejayaan pihak kerajaan.

“Terserahlah kepada pengundi untuk menimbang,” katanya ketika ditemui semasa mengiringi calon PH, Adly Zahari, pada proses penamaan calon DUN Bukit Katil, hari ini.

Mohamad berkata, pimpinan PH akan berusaha memberikan penjelasan kepada masyarakat sepanjang tempoh kempen bagi membantu pengundi memahami kedudukan kedua-dua gabungan politik itu.

Bagaimanapun, beliau mengakui kekeliruan dalam kalangan pengundi mungkin sukar dielakkan memandangkan BN dan PH membawa identiti serta logo masing-masing ketika berkempen.

“Kita akan usahakan terang. Tapi, saya sebut tadi, keliruan itu akan tetap ada pada orang,” katanya.

Mengulas suasana kempen setakat ini, Mohamad berkata, perjalanan kempen berlangsung lancar dengan kehadiran penyokong BN dan Perikatan Nasional (PN) yang ramai.

Beliau berkata, Amanah akan memberikan tumpuan kepada kawasan yang ditandingi PH bagi memastikan calon parti itu memperoleh sokongan pengundi.

Dalam masa sama, Mohamad berharap Adly, yang juga penyandang kerusi DUN Bukit Katil, dapat diberikan mandat baharu oleh penduduk kawasan berkenaan.

“Dari segi sambutan rakyat, kami berkeyakinan Yang Berhormat Adly akan diundi kembali oleh penduduk di sini. Itu harapan kami,” katanya.

Berita berkaitan
PRN Melaka: PKR pertaruh Ketua AMK di Ayer Molek
3 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PH tampil Mohd Yunazri cabar Ab Rauf di Tanjung Bidara
3 jam lalu· Politik
PRN Melaka: Calon wanita muda PH berdepan saingan empat penjuru di Klebang
5 jam lalu· Politik
PRN Melaka: Ginie Lim kembali buru kerusi Machap Jaya
5 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: Supol PM berdepan saingan tiga penjuru di DUN Paya Rumput
5 jam lalu · Politik
Selepas kurang kelihatan di Parlimen, Hadi turun beri sokongan kepada calon di Melaka
5 jam lalu · Politik
BN-PN berpotensi bekerjasama di peringkat Persekutuan: Asyraf Wajdi
5 jam lalu · Politik
PRN Melaka: 28 Pusat penamaan calon ditutup, kempen bermula secara rasmi
5 jam lalu · Politik
CSA: Yuneswaran jawab kritikan Wan Saiful, kestabilan negara lebih penting
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok