BN ulangi kesediaan sokong kerajaan Sabah pimpinan Hajiji

December 1, 2025 · Politik

Barisan Nasional (BN) sekali lagi mengisytiharkan kesediaan untuk bekerjasama dan menyokong penuh pembentukan kerajaan negeri Sabah yang baharu di bawah pimpinan Ketua Menteri, Hajiji Noor.

Setiausaha Agung BN, Zambry Abd Kadir berkata komitmen kerjasama ini dizahirkan demi memastikan negeri Sabah terus berada dalam landasan kestabilan, kemakmuran dan menikmati pembangunan yang berterusan untuk kebaikan rakyat.

Beliau berkata, BN menerima keputusan pilihan raya negeri dengan hati yang terbuka dan penuh hormat terhadap suara serta mandat yang diberikan oleh rakyat.

Menurutnya, Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 merupakan bukti nyata kepada proses demokrasi yang matang di negara ini.

“BN merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengundi yang memberikan kepercayaan kepada calon-calon BN,” ujarnya dalam satu kenyataan media.

Zambry turut mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh jentera parti dari seluruh pelosok negara yang bertungkus-lumus sejak hari pertama kempen sehingga saat pengundian berakhir.

“Segala keringat, masa, dan komitmen yang dicurahkan adalah lambang kesetiaan serta semangat perjuangan yang kental demi parti dan kepentingan rakyat,” katanya.

Keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 menyaksikan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pimpinan Hajiji meraih kemenangan majoriti dengan memenangi 29 kerusi Dewan Undangan Negeri. BN sendiri berjaya meraih enam kerusi.

Seramai 1,148,476 orang pengundi atau 64.35 peratus telah melaksanakan tanggungjawab mereka pada pilihan raya negeri kali ini, mencerminkan tahap penyertaan yang memberangsangkan.

Berita berkaitan
Rundingan PAS-BN positif tapi belum muktamad
10 jam lalu· Politik
Hadi: Semua kerusi PAS wajib dipertahan pada PRU depan
11 jam lalu· Politik
DUN Melaka bubar selepas Perhimpunan Agung UMNO?
September 3, 2026· Politik
UMNO-BN mahu PRU-16 diawalkan, sudah bersiap-sedia: Zahid
September 3, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
2 jam lalu · Politik
PAS dicabar tarik balik Amanat Hadi, ramai orang UMNO masih tersinggung
7 jam lalu · Politik
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
7 jam lalu · Politik
Pelantikan Ketua Audit Negara perlu bebas campur tangan politik: Syahredzan
8 jam lalu · Politik
PAS-UMNO makin terbuka, hantar wakil hadir ke PAU
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok