BUDI MADANI: Had subsidi naik 300 liter mulai esok

August 31, 2026 · Isu semasa

Had kelayakan asas bulanan BUDI MADANI akan dinaikkan semula daripada 200 liter kepada 300 liter mulai esok, memberi lebih ruang kepada rakyat yang bergantung kepada kenderaan untuk urusan harian.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelarasan itu akan dilaksanakan secara automatik kepada penerima BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel), tertakluk kepada kelayakan masing-masing.

Menurut kementerian itu, seramai 16 juta pengguna kini menikmati RON95 pada harga bersubsidi RM1.99 seliter, manakala lebih 700,000 pengguna turut layak menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter.

“Seramai 16 juta pengguna menikmati RON95 pada harga bersubsidi RM1.99 seliter. Daripada jumlah pengguna itu, lebih 700,000 pengguna layak untuk turut menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter,” menurut MOF.

Dalam perkembangan sama, lebih setengah juta pemilik kenderaan diesel persendirian jenis pikap dan jip yang memenuhi syarat boleh memohon tambahan kelayakan sebanyak 100 liter sebulan.

Ini membolehkan jumlah kelayakan mereka meningkat daripada 300 liter kepada 400 liter sebulan.

MOF berkata pemilik pikap dan jip yang layak tetapi belum memohon tambahan berkenaan boleh membuat permohonan menerusi portal BUDI MADANI.

Bagi mereka yang sudah diluluskan tambahan 100 liter sebelum ini, kelayakan akan diselaraskan secara automatik kepada 400 liter mulai 1 September.

Pelaksanaan semula had 300 liter itu mengambil kira keadaan semasa pengurusan bekalan bahan api, penguatkuasaan lebih tegas, prestasi ekonomi negara serta kemampuan kewangan kerajaan.

Kerajaan turut mengambil kira keperluan rakyat yang perlu melakukan perjalanan jauh bagi urusan harian, selain peniaga kecil yang bergantung kepada kenderaan sebagai sumber pendapatan.

“Kerajaan MADANI akan terus memastikan subsidi bahan api disalurkan kepada rakyat Malaysia yang layak, sambil memperkukuh usaha membendung ketirisan, penyeludupan dan penyalahgunaan,” kata MOF.

Pelaksanaan BUDI MADANI sebelum ini menjadi sebahagian daripada usaha kerajaan menyasarkan subsidi bahan api kepada golongan yang layak, selain mengurangkan ketirisan dan penyalahgunaan subsidi.

Berita berkaitan
Hasil kerajaan dijangka cecah RM380.8 bilion pada 2027: MoF
October 9, 2026· Isu semasa
Belanjawan 2027: STR dan SARA naik kepada RM16 bilion, bantu rakyat hadapi kos sara hidup
October 9, 2026· Isu semasa
Tiada lesen judi baharu dikeluarkan: MOF
October 8, 2026· Isu semasa
RM5.2 bilion transaksi SARA direkod setakat September, 8.4 juta penerima
October 8, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
MCMC siasat individu didakwa persenda perkataan dalam al-Quran
4 jam lalu · Isu semasa
Pemuda Melayu didakwa terlibat ritual bukan Islam disiasat: Zulkifli
9 jam lalu · Isu semasa
Penjimatan negara membolehkan hasil dipulangkan kepada rakyat: Anwar
9 jam lalu · Isu semasa
Anwar hargai bantuan Mesir permudah salur bantuan Malaysia ke Gaza
12 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan tubuh Tabung Pos RM150 juta, beroperasi awal 2027: Fahmi
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok