BUDI95 dijamin lancar, sistem pelayar dijangka mampu proses 30,000 transaksi seminit

September 26, 2025 · Isu semasa

Anwar Ibrahim memberi jaminan sistem pelayan bagi inisiatif subsidi petrol BUDI MADANI RON95 (BUDI95) mempunyai keupayaan yang jauh lebih tinggi untuk mengelakkan sebarang gangguan teknikal ketika pelaksanaannya.

Menurut Perdana Menteri, sistem baharu itu mampu memproses sehingga 30,000 transaksi seminit, iaitu sepuluh kali ganda berbanding keupayaan sistem di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang hanya sekitar 3,000 transaksi seminit.

Beliau berkata, peningkatan drastik ini dibuat berikutan pengalaman lalu yang mengajar kerajaan untuk menyediakan infrastruktur yang lebih kukuh.

“Kita belajar daripada pengalaman itu. Jadi BUDI95, kapasiti server itu jauh lebih besar bagi memastikan tiada gangguan teknikal berlaku,” kata Anwar semasa berucap di Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan hari ini.

Inisiatif BUDI95 yang diumumkan baru-baru ini akan menetapkan harga RON95 pada RM1.99 seliter bermula 30 September ini.

Anwar menegaskan langkah penyasaran subsidi ini mencerminkan pendekatan Kerajaan Madani untuk menangani ketirisan dan penyeludupan, sambil memastikan kebajikan majoriti rakyat terbela.

Perdana Menteri turut membidas dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan langkah menggunakan kad pengenalan untuk membeli petrol menyusahkan rakyat.

Beliau menekankan langkah tersebut adalah perlu bagi memastikan manfaat subsidi hanya dinikmati oleh warganegara Malaysia.

“Mana ada sistem yang sempurna. Apa pun dalam sistem (BUDI95), ia beri faedah kepada majoriti besar rakyat,” tegas Anwar.

“Bila kita turunkan harga untuk warganegara, kita perlu tentukan siapa warganegara. Kalau tidak, orang lain (warga asing) dapat,” tambahnya lagi.

Orang ramai boleh menyemak kelayakan mereka melalui portal www.budimadani.gov.my atau menghubungi talian khidmat pelanggan 1300-88-9595 untuk maklumat lanjut.

Berita berkaitan
Siasatan FELDA, TH bukan soal dendam tapi rasuah mesti dihentikan: Anwar
September 6, 2026· Politik
Baja lambat sampai, Anwar arah SPRM siasat
September 6, 2026· Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
September 4, 2026· Isu semasa
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
September 4, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Kad UNHCR bukan lesen langgar undang-undang Imigresen
3 jam lalu · Isu semasa
MCMC diminta sekat jualan dadah dalam talian: Fahmi
11 jam lalu · Isu semasa
Zahid, Fahmi akan bawa isu PKD-NADI ke Kabinet sebulan lagi
13 jam lalu · Isu semasa
Zahid nafi KKDW terlebih belanja projek jalan luar bandar
13 jam lalu · Isu semasa
Jerebu makin teruk, KPM benarkan anak tak ke sekolah
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok