Bung Moktar nafi tahu wang RM2.8 juta masuk akaun isteri

September 2, 2025 · Politik

Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin, memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa tidak mengetahui mengenai penerimaan wang RM2.8 juta ke dalam akaun isterinya, Zizie Izette A Samad, yang didakwa sebagai rasuah berkaitan pelaburan Felcra.

Beliau yang juga Ketua UMNO Sabah membuat pengakuan itu ketika membela diri terhadap tiga tuduhan rasuah melibatkan pelaburan Felcra Berhad bernilai RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual kira-kira sepuluh tahun lalu.

Bung Moktar menegaskan tidak pernah menerima sebarang wang rasuah sama ada secara langsung atau tidak langsung daripada dua ejen pelaburan Public Mutual Berhad.

“Tiada bukti dalam bentuk rakaman, gambar atau dokumen yang menunjukkan saya menerima wang tersebut. Saya juga tidak mengetahui mengenai wang yang diterima oleh isteri saya,” katanya ketika disoal oleh peguamnya, Ridha Abdah Subri.

Beliau menambah hanya mengetahui mengenai isu tersebut apabila dipanggil untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekitar tahun 2016 atau 2017.

Bung Moktar turut menjelaskan tidak campur tangan dalam urusan kewangan isterinya sejak mereka berkahwin.

“Wang isteri saya adalah urusan peribadinya dan saya tidak pernah mengarahkannya untuk menerima sebarang wang bagi pihak saya,” tegasnya.

Bung Moktar didakwa pada 3 Mei 2019 atas tiga tuduhan rasuah melibatkan wang berjumlah RM2.8 juta yang didakwa diterima sebagai dorongan untuk meluluskan pelaburan RM150 juta Felcra dalam unit amanah Public Mutual.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Isterinya, Zizie Izette, juga menghadapi tiga tuduhan bersubahat dalam kes yang sama.

Perbicaraan akan diteruskan pada Rabu.

Berita berkaitan
RCI Tabung Haji: Bekas pengerusi TH, KSP direman tujuh hari
11 jam lalu· Isu semasa
Bekas menteri dijangka didakwa rasuah esok, identiti belum didedahkan: Laporan
11 jam lalu· Isu semasa
Ismail Sabri bebas dengan jaminan RM300,000 dibayar anak
11 jam lalu· Politik
SPRM reman bekas Pengerusi dan KSP berkait RCI TH
15 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Tiada lesen judi baharu bawah Kerajaan MADANI, Sanusi jangan auta: MOF
5 jam lalu · Politik
PKR Kedah: Sanusi jangan alih tiang gol, jawab isu lesen judi
11 jam lalu · Politik
RM14.7 juta, mata wang asing dan emas: Ismail Sabri didakwa
15 jam lalu · Politik
Anwar: Kebebasan mahasiswa mesti diberi sepenuhnya
August 26, 2026 · Politik
Kes pengisytiharan harta: Ismail Sabri akan didakwa esok
August 26, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok