Caruman sukarela KWSP meningkat mendadak

April 6, 2026 · Isu semasa

Caruman sukarela ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatat lonjakan ketara sebanyak 40.2 peratus kepada RM19.2 bilion pada tahun 2025, menandakan peningkatan kesedaran rakyat terhadap kepentingan simpanan persaraan.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Ahmad Zulqarnain Onn, berkata trend itu didorong oleh penyertaan lebih meluas dalam program i-Saraan serta penggunaan kemudahan digital yang memudahkan caruman tambahan.

Menurutnya, jumlah penerima insentif i-Saraan meningkat 35.9 peratus kepada lebih 720,000 orang, manakala jumlah caruman di bawah program itu melonjak 50.8 peratus kepada RM4.0 bilion.

“KWSP menjangka trend ini akan terus meningkat kerana ahli kini lebih proaktif merancang persaraan mereka, dibantu kemudahan digital yang memudahkan caruman secara dalam talian,” katanya.

Dalam sektor formal, semakin ramai ahli memilih untuk mencarum melebihi kadar wajib melalui i-Topup, dengan peningkatan sebanyak 26 peratus.

Kemudahan seperti i-Akaun dan fungsi Auto Simpan turut membantu ahli menjadikan amalan menabung sebagai rutin bulanan yang konsisten.

Perkembangan ini selari dengan peningkatan tahap literasi kewangan rakyat. Berdasarkan Indeks Malaysia Financial Literacy and Capability (MYFLIC), perancangan jangka panjang bagi persaraan meningkat daripada 54.1 peratus pada 2021 kepada 63.9 peratus pada 2024.

Ini menunjukkan semakin ramai rakyat memberi perhatian kepada kestabilan kewangan masa depan.

Ahmad Zulqarnain menjelaskan, peningkatan caruman sukarela dipacu oleh dua faktor utama iaitu kesedaran ahli yang semakin tinggi serta kemudahan teknologi yang memudahkan proses caruman.

“Ia mencerminkan keyakinan dan kesedaran ahli yang semakin kukuh terhadap kepentingan simpanan persaraan. KWSP akan terus memperkukuh inisiatif literasi kewangan bagi membantu ahli mencapai persaraan yang lebih selesa,” katanya.

Untuk rekod, KWSP sebelum ini giat melaksanakan pelbagai program kesedaran termasuk menyasarkan golongan pekerja gig, peniaga kecil dan belia, sebagai usaha memperluas perlindungan sosial serta memastikan kecukupan simpanan persaraan dalam jangka panjang.

Berita berkaitan
KWSP perkenal potongan zakat dividen Simpanan Syariah
October 12, 2026· Isu semasa
Hantaran KWSP RM100,000 warnai pernikahan Syed Saddiq, Bella
October 10, 2026· Isu semasa
Guan Eng cadang pekerja asing dikecualikan daripada kenaikan gaji minimum
September 30, 2026· Isu semasa
Kerajaan mahu lebih ramai rakyat capai simpanan KWSP RM390,000
September 29, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan kaji pengecualian PTPTN untuk graduan kelas pertama
4 jam lalu · Isu semasa
RM14 bilion wang tidak dituntut, ramai tak sedar: Amir Hamzah
4 jam lalu · Isu semasa
Winbox, Alibaba antara sindiket judi dalam talian terbesar dalam pantauan polis
7 jam lalu · Isu semasa
Pengerusi TH terima Ijazah Kehormat Doktor Da’wah dan Pengurusan USIM
10 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah keluar injunksi halang Bloomberg siar artikel berkait Farhash: Laporan
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok