Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz semasa meraikan kejayaan pasukan Mercedes-AMG Petronas Formula One di Grand Prix Singapura.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Petronas, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz mengeluarkan kenyataan memohon maaf secara terbuka berikutan tindakannya dalam sambutan kemenangan pasukan Mercedes-AMG Petronas Formula One di Grand Prix Singapura baru-baru ini.
Beliau menyifatkan tindakannya itu sebagai satu “keterujaan spontan” yang mungkin tidak bersesuaian selepas menerima kecaman orang ramai semasa meraikan kemenangan tersebut.
Tengku Taufik yang menerima Trofi Kemenangan Konstruktor bagi pihak pasukan itu mengakui walaupun tidak mengambil sebarang minuman keras, tetapi sebagai seorang Muslim, penglibatannya dalam acara sambutan sedemikian adalah tidak wajar.
“Oleh itu, saya ingin memohon maaf atas perbuatan saya yang secara tidak sengaja telah menyinggung perasaan dan saya mengambil sepenuh tanggungjawab di atas segala tindakan saya,” jelasnya dalam satu kenyataan.
Insiden yang berlaku pada 5 Oktober itu telah menarik kritikan, termasuk daripada Ketua Penerangan Armada Bersatu, Harris Idaham Rashid, yang mengutuk keras penyertaannya dalam acara ‘mandi champagne’ di atas podium.
Walaupun memohon maaf, Tengku Taufik menegaskan kemenangan tersebut merupakan satu pencapaian penting yang mempamerkan hasil kerjasama jangka panjang Petronas dengan pasukan Mercedes-AMG Petronas F1.
Beliau turut menyatakan penghargaan atas sokongan berterusan orang ramai.
“Berkat usaha gigih Petronas, kejayaan yang dikecapi sekarang dan kecemerlangan yang bakal dicapai di masa akan datang dalam era bahan api mampan mampu membuktikan kebolehan dan keunggulan inovasi ciptaan Malaysia,” katanya lagi.
Anwar rasmi Menara FINAS baharu, industri kreatif masuk fasa baharu
Mahkamah tolak permohonan lucut hak wang RM21.1 juta Aman Palestin
Menara FINAS buka era baharu industri filem: Fahmi
Ashwad, Ziana Zain terima gelaran Datuk Melaka
Ringgit terus mengukuh, data ekonomi jadi pemangkin
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri