Polis menahan Cikgu Chandra yang membuat kenyataan menghina agama dalam media sosial.
Seorang lelaki dikenali sebagai Cikgu Chandra ditahan polis selepas memuat naik kenyataan di Facebook yang didakwa berbaur isu sensitif dan berpotensi mengganggu ketenteraman awam, semalam.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus, berkata suspek ditahan pada pukul 3 petang dan sebuah telefon bimbit dirampas bagi membantu siasatan.
Tindakan itu susulan laporan dibuat seorang lelaki yang mendakwa melihat hantaran kontroversi itu pada pukul 10 malam, dua hari lalu.
Menurut Fadil, hantaran tersebut mengandungi kenyataan yang menyentuh komuniti India serta isu kuil haram yang jelas bersifat menghasut dan menghina.
“Ia sekali gus berpotensi mendorong tindakan di luar kawalan undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Hasil siasatan awal, suspek mengaku memuat naik hantaran itu kerana rasa tidak puas hati dan mahu menarik perhatian pengikutnya di media sosial.
Suspek kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Fadil menegaskan, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat kenyataan atau hantaran sensitif berkaitan isu 3R yang boleh menjejaskan keamanan dan keselamatan awam.
“Tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang cuba memainkan sentimen ini untuk meraih populariti atau sokongan,” ujarnya.
226 pegawai SPRM dikenakan tindakan tatatertib sejak 2021
Malaysia terus kukuh antara negara paling aman dunia
IPTA terima kemasukan pelajar berdasarkan merit, tiada pintu belakang: Adam Adli
Parlimen bebas bahas, undi calon pendakwa raya: Azalina
Kuota 200 liter RON95 cukup untuk hampir semua pengguna: Amir Hamzah
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar