Cita-cita PAS terajui PN hampir tercapai dengan peletakan jawatan Muhyiddin, Azmin

December 30, 2025 · Politik

Dua peletakan jawatan pemimpin atasan, Muhyiddin Yassin dan Mohamed Azmin Ali bakal memberi laluan kepada cita-cita PAS untuk menerajui Perikatan Nasional (PN) seperti yang diinginkan Ketua Pemudanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden.

Afnan Hamimi terdahulu menggesa Muhyiddin melepaskan jawatan sebagai Pengerusi PN dan mencadangkan supaya Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengambil tempat tersebut.

Awal hari ini, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu mengesahkan telah meletakkan jawatan sebagai pengerusi PN melalui satu kenyataan rasmi ringkas.

Muhyiddin mengucapkan terima kasih kepada semua pemimpin PN yang menyokongnya sepanjang lima tahun lalu.

“Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua barisan kepemimpinan PN dan parti-parti di anggotanya,” kata Ahli Parlimen Pagoh.

Selain itu, Azmin juga mengumumkan meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung PN dan juga Pengerusi PN Selangor.

“Saya mengambil perhatian bahawa pelantikan saya sebagai setiausaha agung Perikatan Nasional adalah atas bidang kuasa Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin.

“Maka saya juga meletakkan jawatan sebagai setiausaha agung PN bermula 1 Januari 2026,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beberapa pemimpin PN di negeri juga mengambil langkah sama meletak jawatan, antaranya adalah Naib Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu yang mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi PN Negeri Perak, Dr Sahruddin Jamal sebagai Pengerusi PN Johor dan Mohamad Hanifah Abu Baker sebagai Pengerusi PN Negeri Sembilan.

Berita berkaitan
Samsuri pula sahkan rundingan kerusi dengan UMNO di Johor gagal
20 jam lalu· Politik
PAS kempen calon sendiri sahaja, tidak bantu Bersatu di Johor: Hadi
22 jam lalu· Politik
Annuar sahkan rundingan PAS-UMNO, kerjasama gagal dimeterai untuk PRN Johor: Laporan
23 jam lalu· Politik
Selepas Puad keluar UMNO, bekas ADUN Layang-Layang pula umum sertai Bersatu
June 25, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Anwar nafi ada arahan halang masuk kawasan FELDA
17 jam lalu · Politik
Anwar ingatkan jentera PH jangan sombong hadapi pengundi Johor
19 jam lalu · Politik
SPR jual 553 borang calon menjelang hari penamaan PRN Johor
20 jam lalu · Politik
SPR keluar peringatan menjelang penamaan calon PRN Johor
23 jam lalu · Politik
Sokongan terhadap Anwar kekal tertinggi: Tinjauan Merdeka Center
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok