Cuaca panas.
Cuaca panas dan taburan hujan yang rendah dijangka terus melanda beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia, khususnya di bahagian utara, sekurang-kurangnya sehingga Selasa depan, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
MetMalaysia memaklumkan keadaan kering ini bagaimanapun tidak menolak kemungkinan berlakunya ribut petir dalam tempoh singkat.
Selain itu, kawasan barat Semenanjung serta beberapa lokasi di Sabah dan Sarawak turut berpotensi mengalami ribut petir dalam tempoh sama.
Dalam kenyataannya, agensi itu menegaskan bahawa “orang ramai perlu sentiasa peka terhadap perubahan cuaca semasa dan mengambil langkah perlindungan sewajarnya.”
Sebelum ini, laporan media menyebut empat daerah di Kedah iaitu Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu diletakkan pada Tahap 1 (berjaga-jaga) susulan cuaca panas berterusan.
Daerah-daerah tersebut merekodkan suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius selama sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Tahap berjaga-jaga biasanya diaktifkan apabila suhu maksimum harian kekal tinggi secara konsisten dan boleh menjejaskan kesihatan awam serta aktiviti harian.
Golongan paling berisiko termasuk kanak-kanak, warga emas dan individu yang bekerja atau berada lama di kawasan terbuka.
Malaysia sememangnya kerap berdepan fenomena cuaca panas terutama ketika peralihan monsun dan pengaruh perubahan iklim global.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kejadian suhu tinggi dan cuaca kering dilaporkan berlaku lebih kerap, sekali gus meningkatkan kebimbangan terhadap kesan kepada kesihatan, sumber air dan sektor pertanian.
Anwar pertahan pendekatan diplomasi Malaysia dalam berdepan krisis Asia Barat
Kerajaan perkukuh usaha hadapi krisis tenaga, lindungi rakyat: Fahmi
Iran dakwa tembak jatuh pesawat tentera AS di Isfahan
KPDN cari jalan ringankan beban pengusaha stesen minyak
Subsidi diesel melonjak tiga kali ganda selepas krisis global
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan