Ringgit dijangka terus kukuh sekitar paras RM3.85: HSBC

March 26, 2026 · Isu semasa

Ringgit menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila muncul sebagai antara mata wang Asia paling kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat setakat tahun ini, menurut laporan terbaharu HSBC.

Perkembangan positif itu didorong beberapa faktor utama termasuk aliran keluar tukaran mata wang asing oleh syarikat, lebihan akaun semasa serta prospek pelaburan langsung asing yang kekal kukuh.

HSBC menjangkakan momentum ini berterusan dengan kadar pertukaran USD/MYR berpotensi menghampiri paras 3.85 menjelang akhir 2026.

Bagaimanapun, HSBC mengambil pendekatan berhati-hati dalam tempoh enam bulan akan datang, dengan menyifatkan nilai ringgit kini agak tinggi berbanding asas ekonomi selepas prestasi kukuh sebelum ini.

Dari sudut ekonomi, Malaysia dijangka terus berkembang namun pada kadar lebih sederhana.

Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) diunjurkan sekitar 4.5 peratus pada 2026 berbanding 4.9 peratus tahun sebelumnya.

“Penggunaan domestik yang kukuh di samping perbelanjaan berterusan dalam infrastruktur dan pusat data serta peningkatan dalam sektor pelancongan terus menyokong pertumbuhan ekonomi di Malaysia pada 2026,” kata Pakar Strategi Pelaburan Asia HSBC, Abhilash Narayan.

Inflasi pula dilihat meningkat secara beransur susulan permintaan domestik yang tinggi, namun tekanan gaji kekal terkawal walaupun kadar pengangguran rendah.

Keadaan ini mendorong jangkaan bahawa Bank Negara Malaysia akan mengekalkan kadar faedah pada 2.75 peratus sepanjang tahun ini, kecuali berlaku lonjakan berterusan harga minyak.

Pada masa sama, risiko luaran seperti kenaikan harga tenaga dan konflik di Timur Tengah dikenal pasti sebagai cabaran jangka pendek kepada ekonomi negara.

Namun, langkah dasar domestik termasuk subsidi bersasar dan kawalan harga dilihat membantu meredakan tekanan tersebut.

Bagi pasaran saham tempatan, HSBC kekal neutral dalam tempoh terdekat walaupun prospek ekonomi dilihat positif berikutan sektor pertumbuhan utama seperti elektronik dan pusat data kurang diwakili dalam indeks tempatan.

“Dalam persekitaran pasaran yang berubah pesat, kita perlu berhati-hati agar tidak terlalu terikut dengan sentimen melampau, sebaliknya memberi fokus kepada daya tahan untuk memastikan pulangan yang lebih stabil,” kata Ketua Pegawai Pelaburan Global HSBC, Willem Sels.

Berita berkaitan
Fahmi: Pertumbuhan ekonomi mesti masuk poket rakyat
August 10, 2026· Isu semasa
Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS
August 10, 2026· Isu semasa
Malaysia terus jadi pilihan pelabur asing, kekal antara destinasi terbaik
August 6, 2026· Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi menjelang PRN Negeri Sembilan: Bernama
July 27, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
BUDI95: AMK cadang had subsidi dinaikkan semula kepada 300 liter
3 jam lalu · Isu semasa
Kes dadah Jakarta: Bukit Aman diberi akses siasat juruterbang Malaysia
14 jam lalu · Isu semasa
RCI Tabung Haji: Tujuh ditahan, 115 saksi dipanggil dalam siasatan SPRM
14 jam lalu · Isu semasa
Ribut petir, hujan lebat diramal di lima negeri hari ini
17 jam lalu · Isu semasa
Tak perlu RCI baharu siasat TH, pembangkang dikecam keluar dewan: IKRAM
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026
[VIDEO] Anak perantauan digesa balik, undi calon PH demi masa depan Negeri Sembilan
July 31, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok