Cucu dedah dakwa dirogol, warga emas direman enam hari

June 10, 2026 · Isu semasa

Seorang pesara berusia 67 tahun direman selama enam hari bagi membantu siasatan selepas disyaki merogol cucunya yang berusia 13 tahun dalam kejadian yang dipercayai berlaku sepanjang tahun lalu.

Perintah reman terhadap suspek dibenarkan Majistret Arun Noval Dass di Mahkamah Majistret Batu Pahat pada Rabu bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.

Menurut maklumat, polis menerima laporan berhubung kejadian itu dua hari lalu selepas mangsa menceritakan perkara berkenaan kepada ibunya.

Siasatan awal mendapati mangsa tinggal bersama datuknya di sebuah rumah di daerah ini selepas ibu bapanya bercerai.

Bagaimanapun, pada April lalu, ibunya membawa remaja terbabit pulang ke sebuah negeri di utara Semenanjung.

Kejadian itu terbongkar apabila ibu mangsa menyedari anaknya menghantar mesej kepada seorang kenalan.

Pada mulanya, mangsa tidak menceritakan perkara sebenar, namun selepas didesak, dia mendakwa telah menjadi mangsa rogol datuknya sendiri.

Hasil siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku beberapa kali sepanjang tahun lalu dengan kejadian terakhir dilaporkan berlaku pada Disember tahun sama.

Susulan laporan yang diterima, polis menahan suspek bagi membantu siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.

Berita berkaitan
Rayuan Majlis Peguam cabar pengampunan Najib diputuskan 7 Januari: Bernama
September 22, 2026· Politik
Gempa Batu Pahat, gegaran dirasai di enam kawasan sehingga ke Putrajaya
September 22, 2026· Isu semasa
Akaun TikTok Na’im disekat TikTok, bukan MCMC: Hakim Norliza
8 jam lalu· Politik
Kes scam: Panik kena dakwa, wanita jual barang kemas RM500,000
10 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar sampaikan keresahan keluarga mangsa masih hilang kepada PM Nepal: Bernama
6 jam lalu · Isu semasa
Tiga pelakon ditahan susulan video tular persenda Rukun Negara
8 jam lalu · Isu semasa
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
10 jam lalu · Isu semasa
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
September 21, 2026 · Isu semasa
Lawatan Anwar ke Shanghai perkukuh hubungan Malaysia-China
September 21, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok