Cukai jalan pengguna kenderaan diesel mungkin diturunkan: PMX

April 25, 2026 · Isu semasa

Kerajaan sedang meneliti langkah menurunkan kadar cukai jalan bagi kenderaan diesel sebagai usaha membantu rakyat berdepan peningkatan kos bahan api ketika ini.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata telah mengarahkan Menteri Pengangkutan Anthony Loke bersama kepimpinan kementerian untuk mencari penyelesaian segera berhubung perkara itu.

Menurut beliau, langkah berkenaan dilihat lebih praktikal berbanding menurunkan harga diesel buat masa ini, memandangkan tekanan kewangan negara dan ketidaktentuan global.

“Saya minta Menteri Pengangkutan cari jalan supaya dalam tempoh terdekat kita boleh turunkan cukai jalan kenderaan diesel. Harga minyak kita tak mampu turunkan sekarang, tetapi cukai jalan itu boleh dipertimbangkan,” katanya ketika berucap pada sambutan ulang tahun ke-80 Jabatan Pengangkutan Jalan di Batu Kawan.

Beliau menjelaskan, terdapat kira-kira 1.8 juta kenderaan diesel di Malaysia, dan golongan ini terkesan secara langsung dengan kenaikan harga bahan api yang dipengaruhi krisis berpanjangan di Asia Barat.

Pada masa sama, kerajaan turut berdepan tekanan fiskal apabila perlu menanggung perbelanjaan besar untuk subsidi bahan api, termasuk anggaran RM7 bilion sebulan bagi penyasaran subsidi RON95.

Malaysia merupakan antara negara yang masih mengekalkan subsidi bahan api pada skala besar berbanding negara jiran.

Walaupun harga minyak global meningkat sejak konflik geopolitik di Timur Tengah, harga runcit dalam negara kekal lebih rendah berbanding kebanyakan negara Asia Tenggara.

Anwar berkata keadaan itu menunjukkan kerajaan masih berusaha mengekalkan keseimbangan antara kebajikan rakyat dan kedudukan kewangan negara.

“Kalau dibandingkan, hanya Brunei sedikit lebih rendah, selebihnya lebih mahal daripada kita. Jadi kita kena hargai keadaan ini walaupun ada kekangan,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan cabaran utama ketika ini bukan sahaja harga, tetapi juga kestabilan bekalan minyak global.

Menurutnya, terdapat negara yang terpaksa menutup ratusan stesen minyak akibat kekurangan bekalan, sekali gus menjejaskan kehidupan harian rakyat.

“Bayangkan kalau stesen minyak ditutup, kehidupan akan jadi sangat sukar. Kita belum sampai ke tahap itu, tetapi kita perlu bersedia dan tidak ambil mudah situasi dunia sekarang,” katanya.

Kerajaan, tambah beliau, akan terus menilai langkah terbaik bagi memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara dalam suasana ekonomi global yang mencabar.

Berita berkaitan
Acara rasmi kerajaan dikecilkan, pastikan perbelanjaan berhemah: Fahmi
April 29, 2026· Isu semasa
Kos harga tenaga dijangka melonjak susulan krisis di Asia Barat: Bank Dunia
April 29, 2026· Isu semasa
Kerajaan Negeri Sembilan berjalan seperti biasa, isu adat tak dicampuri: Fahmi
April 29, 2026· Politik
Pemimpin utama Kerajaan Perpaduan bertemu, cari jalan keluar krisis NS
21 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Peniaga lesap RM610,000 terjerat pelaburan palsu
April 29, 2026 · Isu semasa
AGC tolak permohonan Namewee, kes dadah diteruskan: Laporan
April 29, 2026 · Isu semasa
Projek RM1.1 bilion: Bekas pembantu Rafizi sambung beri keterangan esok
17 jam lalu · Isu semasa
Krisis politik Negeri Sembilan: Persatuan peniaga bimbang ekonomi negeri terjejas
21 jam lalu · Isu semasa
Seorang individu didenda RM30,000 hina institusi kehakiman di FB: MCMC
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok