Dakwaan laporan Malaysiakini melibatkan akaun FB Perdana Menteri disangkal: Fahmi

October 1, 2025 · Politik

Kerajaan secara rasmi menolak laporan Malaysiakini yang mendakwa wujudnya tingkah laku tidak tulen terselaras (CIB) di laman Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil, pihak Meta, syarikat induk Facebook mengesahkan kesemua 263 akaun yang didakwa tidak sahih itu sebenarnya adalah akaun tulen dan beliau sendiri bertindak mendapatkan pengesahan terus daripada pihak Meta.

“Saya sudah membuat pengesahan dengan Meta yang mana pihak itu mengesahkan 263 akaun yang dikaitkan dengan CIB itu tidak terbabit dalam sebarang aktiviti berkenaan.

“Analisis pasukan khas Meta yang memantau isu berkaitan CIB juga mendapati tiada tindakan diambil,” jelasnya dalam sidang media selepas mesyuarat pasca Kabinet.

Beliau turut menegaskan dakwaan Malaysiakini berhubung dua halaman Facebook mereka diturunkan oleh Meta adalah tidak berasas.

“Meta juga tidak menurunkan sebarang halaman Facebook milik Malaysiakini. Malah, Meta turut memaklumkan tiada wakil Malaysiakini menghubunginya bagi membangkitkan isu berkenaan,” tambah Fahmi sambil menekankan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga tidak menerima sebarang laporan berkenaan perkara tersebut.

Ketika ditanya sama ada kerajaan akan menyiasat dakwaan CIB tersebut, Fahmi dengan tegas menyatakan keyakinannya terhadap ketelusan Meta.

Beliau mengalih perhatian kepada isu yang dianggapnya lebih mendesak, iaitu keselamatan kanak-kanak di alam siber.

“Bagi saya, penyelesaian isu keselamatan dalam talian, khususnya membabitkan kanak-kanak, adalah perkara paling utama. Realitinya sistem pengesahan elektronik (eKYC) di platform berkenaan tidak dilakukan seperti sepatutnya,” ujarnya lagi.

Mengenai dakwaan pengulas politik, Murray Hunter, yang mendakwa ulasannya dipadamkan, Fahmi berkata beliau belum menerima sebarang maklumat dan akan menyemak perkara itu dengan MCMC terlebih dahulu.

Berita berkaitan
21 calon PRN Melaka hilang wang deposit, parti Rafizi tercorot
15 jam lalu· Politik
Anwar tunaikan hasrat murid SK Polis Depot
November 14, 2026· Isu semasa
Fahmi: Penantian 10 tahun penduduk Sri Pahang hampir berakhir, bakal miliki rumah baharu
November 14, 2026· Isu semasa
Ancaman siber semakin serius, Malaysia perlu bersedia
November 14, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Syed Abu Hussin pertimbang guna tiket PKR di Bukit Gantang: Laporan
4 jam lalu · Politik
Ab Rauf angkat sumpah Ketua Menteri Melaka penggal kedua
4 jam lalu · Politik
Puad cadang Perak, Pahang bubar DUN selepas kejayaan BN-PN di Melaka
4 jam lalu · Politik
Keputusan rasmi: SPR umum BN-PN kuasai 24 kerusi DUN Melaka
15 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Ab Rauf hampir pertahan kerusi Tanjung Bidara
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan pandang rendah kemampuan anak muda: Mukhlis
November 12, 2026
[VIDEO] Tiada negara boleh hadapi cabaran digital sendirian – Fahmi
November 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok