Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.
Kongres Khas pada 12 Julai ini akan menjadi penentu untuk DAP memuktamadkan hala tuju baharu parti itu dalam landskap politik semasa, ketika negara berdepan cabaran dalaman dan global.
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, berkata kongres itu merupakan detik penting yang memerlukan penglibatan aktif ahli untuk membincangkan serta membuat keputusan strategik demi masa depan parti.
“Ini satu titik yang sangat mustahak bagi perjuangan parti, lebih-lebih lagi ketika negara berdepan pelbagai cabaran termasuk kesan konflik di Asia Barat yang turut memberi impak global,” katanya dipetik laporan media.
DAP, yang kini sebahagian daripada kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Anwar Ibrahim, dilihat berdepan realiti baharu berbanding era lalu ketika menjadi pembangkang.
Sejak ditubuhkan pada 1966, parti itu melalui tempoh panjang di luar kuasa sebelum menjadi komponen penting dalam kerajaan hari ini.
Menurut Loke, kekuatan DAP selama enam dekad terletak pada kesetiaan ahli yang berjuang bukan demi kepentingan peribadi, tetapi untuk visi negara yang lebih adil dan inklusif.
“Parti ini bertahan kerana pengorbanan ahli yang tidak mengharapkan jawatan atau ganjaran, sebaliknya mahu melihat Malaysia menjadi lebih baik,” katanya.
Beliau turut menekankan peranan Pulau Pinang sebagai contoh pentadbiran DAP kepada seluruh negara.
Katanya, negeri itu membuktikan dasar parti mampu memberi manfaat kepada rakyat tanpa mengira latar belakang.
Pada masa sama, Loke menggesa perpaduan dalaman parti diperkukuh serta menekankan kepentingan melahirkan pemimpin muda.
“Kita perlu memberi ruang kepada generasi baharu kerana tanpa pelapis, parti tidak akan mempunyai masa depan,” ujarnya.
Sebelum ini, Loke memberi jaminan walaupun kongres khas diadakan untuk menentukan hala tuju dalam Kerajaan Perpaduan, semua Ahli Parlimen DAP akan terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri.
Sementara itu, pemimpin kanan parti, Steven Sim, menegaskan sebarang keputusan yang dibuat tidak akan mengabaikan kepentingan rakyat.
“Apa jua keputusan DAP, kita tidak akan mengkhianati rakyat,” katanya.
Anwar dakwa sikap tak sabar punca PRN Negeri Sembilan terpaksa diawalkan
PKR bidas tindakan MP Petaling Jaya letak jawatan dalam parti
Rumah Jamal disita: 14 barang akan dilelong 22 Jun
Bila Samsuri nak lantik Pengerusi PN Negeri Sembilan, PRN dah dekat: Sanjeevan
Fahmi kesal MP Petaling Jaya letak jawatan MPP PKR secara terburu-buru
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi