Hampir 14 juta rakyat nikmati subsidi BUDI MADANI

June 25, 2026 · Isu semasa

Program penyasaran subsidi bahan api menerusi BUDI MADANI telah menyalurkan subsidi berjumlah RM11.2 bilion kepada hampir 14 juta rakyat Malaysia sehingga 31 Mei lalu.

Jumlah tersebut mencerminkan komitmen kerajaan memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar layak.

Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan, sepanjang tempoh itu penggunaan keseluruhan bahan api di bawah program berkenaan mencecah 11.1 bilion liter dengan nilai jualan sekitar RM22.1 bilion, manakala RM11.2 bilion daripadanya ditanggung kerajaan sebagai subsidi.

Menurut kementerian, perbelanjaan subsidi BUDI MADANI meningkat secara purata tiga kali ganda berbanding tempoh sama tahun 2025 susulan kesan krisis yang berlaku di Asia Barat terhadap pasaran tenaga global.

“Kerajaan akan terus memantau pelaksanaan program BUDI MADANI dan melaksanakan penambahbaikan yang bersesuaian dari semasa ke semasa bagi memastikan bantuan disalurkan secara adil, berkesan dan bersasar kepada golongan yang benar-benar memerlukan,” menurut MOF menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat yang disiarkan di laman sesawang Parlimen.

MOF turut menjelaskan orang ramai tidak perlu mengemukakan permohonan untuk menikmati subsidi di bawah BUDI MADANI kerana syarat kelayakan telah ditetapkan dengan jelas.

Antaranya, penerima mestilah warganegara Malaysia yang memiliki MyKad, lesen memandu yang sah dan berada dalam kategori kenderaan yang layak.

Bagi memastikan tiada golongan layak tercicir, kerajaan turut menyediakan portal semakan kelayakan dan transaksi, pusat khidmat pelanggan BUDI MADANI serta melaksanakan hebahan berterusan melalui pelbagai saluran media.

Selain itu, kementerian memaklumkan pelaksanaan program berkenaan akan terus ditambah baik berdasarkan data penggunaan serta maklum balas yang diterima daripada orang ramai.

Program BUDI MADANI diperkenalkan sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan menstruktur semula pemberian subsidi bahan api supaya lebih bersasar.

Pendekatan itu bertujuan memastikan peruntukan subsidi dinikmati oleh rakyat yang benar-benar memerlukan, di samping mengurangkan ketirisan dan memperkukuh kedudukan fiskal negara.

Berita berkaitan
Kos sara hidup lebih terkawal, inflasi turun empat tahun berturut-turut: Armizan
June 25, 2026· Isu semasa
Perangi rasuah bukan mudah, berdepan tentangan pelbagai pihak: PMX
16 jam lalu· Politik
Pemilik kenderaan diesel boleh mohon tambahan 100 liter bila-bila masa
18 jam lalu· Isu semasa
Pengesahan had umur: MCMC boleh kenakan denda RM10 juta kepada platform media sosial
18 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Ahli NGO didakwa cuci wang hampir RM18 juta, beli banglo dan kenderaan mewah
June 25, 2026 · Isu semasa
Ops Lusuh tumpaskan sindiket simpan peralatan telekomunikasi curi di Sarawak
17 jam lalu · Isu semasa
Selepas 20 Tahun di Brunei, MP Miri bantu bapa empat anak kembali bina hidup baharu
18 jam lalu · Isu semasa
Pengawal keselamatan dipenjara, didenda RM50,000 hina Agong di Facebook
19 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah sekat Papagomo sebar kandungan didakwa memudaratkan
19 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok