Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.
DAP bakal membuat keputusan besar sama ada kekal dalam jawatan kerajaan atau melepaskannya menerusi satu kongres khas pada 12 Julai depan.
Menurut Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dijangkakan lebih 4,000 perwakilan pusat akan hadir untuk mengundi usul tersebut dan buat pertama kali dalam sejarah parti itu, keputusan sebesar ini tidak diputuskan semata-mata oleh Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC), sebaliknya dirujuk terus kepada badan pembuat keputusan tertinggi parti melalui kongres khas.
Langkah ini dilihat sebagai pendekatan lebih terbuka dan demokratik dalam menentukan hala tuju DAP dalam Kerajaan Perpaduan.
Kongres berkenaan akan menentukan sama ada pemimpin DAP perlu melepaskan jawatan sebagai menteri, timbalan menteri, ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri, ahli majlis pihak berkuasa tempatan serta wakil dalam syarikat berkaitan kerajaan, atau terus mengekalkan kedudukan sedia ada.
DAP telah menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan sejak tiga tahun lalu di bawah pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Namun, prestasi parti itu menerima reaksi bercampur dalam kalangan masyarakat, terutama selepas mengalami kemerosotan ketara dalam Pilihan Raya Negeri Sabah pada November lalu.
Situasi itu mendorong parti berkenaan memulakan tempoh pembaharuan selama enam bulan bagi menilai semula peranan dan kedudukannya dalam gabungan pemerintah.
Loke menyifatkan kongres khas itu sebagai satu “referendum dalaman” untuk menentukan hala tuju parti.
“Kami mempunyai 40 Ahli Parlimen yang akan memastikan kestabilan kerajaan. Sama ada kami terus berkhidmat sebagai menteri dan timbalan menteri atau meletak jawatan daripada semua jawatan termasuk dalam majlis tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan, perkara itu akan diputuskan oleh perwakilan,” katanya dipetik laporan The Star.
Beliau menegaskan, walau apa pun keputusan yang dibuat, 40 Ahli Parlimen DAP akan terus menyokong kerajaan sehingga pilihan raya umum akan datang demi memastikan kestabilan politik negara terus terpelihara.
Kawal mulut timbalan dan ketua pemuda UMNO dulu: DAPSY beritahu Zahid
PAS buat pusingan-U, Hadi umum Hamzah jadi Ketua Pembangkang bukan Samsuri
Hamzah umum parti baharu, tapi tidak letak jawatan seperti Rafizi
AMK kenal pasti calon muda hadapi PRN Johor, Negeri Sembilan: Kamil
PH mahu menang atas kekuatan sendiri, bukan kelemahan lawan: Fahmi
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi