Lagi satu kes bendera terbalik dilaporkan berlaku di Pontian baru-baru ini.
Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) meminta Kerajaan Negeri Johor dan Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) menarik balik keputusan mengarahkan penutupan sebuah klinik pergigian selama 30 hari hanya kerana kesalahan mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Majlis Eksekutif Kebangsaan DAPSY menyifatkan hukuman tersebut sebagai keterlaluan dan tidak seimbang dengan kesalahan yang dilakukan.
“Tindakan memasang bendera secara tidak betul adalah salah dan memang tidak dapat dinafikan wujudnya kecuaian, namun hukuman untuk menutup operasi selama sebulan adalah tidak wajar.
“Sepanjang tempoh tersebut, pesakit yang telah membuat janji temu, termasuk kesemua yang telah mengaturkan untuk pembedahan dan sebagainya terpaksa ditangguhkan tarikhnya atau mencari doktor lain,” katanya.
Mereka menegaskan bahawa tindakan MPPn itu bukan sahaja melampaui batas, malah menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap pentadbiran kerajaan tempatan.
DAPSY menekankan sebarang keputusan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa tempatan perlu mempertimbangkan kesan terhadap orang awam, bukan sekadar menghukum tanpa budi bicara.
Isu ini tercetus setelah notis penutupan dikeluarkan oleh MPPn kepada klinik berkenaan ekthan daripada viralnya gambar Jalur Gemilang yang dikibarkan terbalik di premis tersebut.
Yang Dipertua MPPn, Abdul Azim Shamsuddin, mengesahkan bahawa tindakan itu diambil berdasarkan Undang-Undang Kecil Pelesenan Perniagaan dan Perdagangan.
DAPSY turut membangkitkan kebimbangan mengenai amalan dua standard dalam isu ini, memetik contoh kesilapan serupa oleh Kementerian Pendidikan, PAS Terengganu, dan Pemuda UMNO Terengganu yang didakwa tidak dikenakan tindakan seberat ini.
Keadaan ini, kata mereka, menimbulkan persepsi buruk dan mengikis kepercayaan rakyat terhadap keadilan penguatkuasaan undang-undang.
Amanah gesa dakwaan campur tangan asing disiasat, bukan jadi modal politik PAS
Undi PAS bukan tiket ke syurga: Mujahid
MB Negeri Sembilan tegaskan sokongan kepada Tuanku Muhriz
Syurga bukan milik parti politik: Menteri Agama
Johari: Biar presiden BN-PN bincang kerusi
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum