Datuk Seri Vida gagal batal penghakiman ingkar RM15.5 juta

March 6, 2026 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi Ipoh menolak permohonan syarikat milik usahawan kosmetik terkenal, Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida, untuk mengetepikan penghakiman ingkar berjumlah RM15.5 juta berkaitan kemudahan pembiayaan daripada Maybank Islamic Berhad.

Hakim Norsharidah Awang dalam alasan penghakiman bertarikh 4 Mac memutuskan bantahan dikemukakan oleh syarikat Vida Beauty Sdn Bhd tidak mencukupi untuk menafikan hak statutori bank bagi mendapatkan perintah jualan terhadap hartanah yang digadaikan sebagai cagaran.

Menurut beliau, mahkamah juga membenarkan permohonan bank berkenaan untuk menjual beberapa hartanah yang dijadikan sekuriti bagi kemudahan pembiayaan tersebut.

“Secara keseluruhannya, mahkamah berpuas hati bahawa kemungkiran telah dibuktikan dan semua prasyarat undang-undang telah dipenuhi.

“Oleh itu, hak plaintif untuk memohon perintah jualan adalah lengkap dan boleh dikuatkuasakan,” katanya dalam penghakiman itu.

Mahkamah sebelum ini dimaklumkan syarikat berkenaan gagal menjelaskan bayaran ansuran di bawah kemudahan Commodity Murabahah Term Financing-i bernilai RM4.886 juta.

Kegagalan itu menyebabkan jumlah hutang meningkat kepada RM8.45 juta setakat 30 September 2022, termasuk caj lewat bayar dan keuntungan terakru.

Pihak bank juga telah mengeluarkan notis tuntutan pada Oktober 2022 diikuti Notis Borang 16D pada Jun 2023, namun syarikat berkenaan tidak mematuhi tuntutan dalam tempoh yang ditetapkan.

Selain kemudahan pembiayaan tersebut, satu lagi kemudahan yang turut dijamin melalui gadaian hartanah dilaporkan masih belum dilunaskan dengan jumlah hutang melebihi RM7 juta.

Dalam prosiding mahkamah, pihak defendan berhujah tindakan bank tidak teratur kerana afidavit sokongan difailkan lebih sebulan selepas saman pemula dikemukakan.

Mereka turut mempertikaikan jumlah hutang yang dituntut serta memaklumkan terdapat permohonan lain untuk mengetepikan penghakiman ingkar dalam tindakan sivil berkaitan.

Namun mahkamah memutuskan kelewatan memfailkan afidavit tidak menjadikan prosiding tidak sah. Hakim menegaskan tiada bukti bahawa kelewatan itu menjejaskan peluang defendan untuk mengemukakan pembelaan.

“Pertikaian jumlah hutang juga tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalang perintah jualan kerana ia telah dipersetujui dalam kontrak pembiayaan,” kata hakim.

Sehubungan itu, mahkamah membenarkan permohonan bank dalam kedua-dua kes dan mengeluarkan perintah jualan terhadap hartanah yang digadaikan. Defendan turut diarahkan membayar kos RM5,000 bagi setiap kes kepada pihak plaintif.

Untuk rekod, Vida terkenal sebagai usahawan kosmetik dan personaliti media sosial yang membangunkan empayar perniagaan produk kecantikan tempatan sejak lebih sedekad lalu.

Berita berkaitan
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
7 jam lalu· Isu semasa
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
9 jam lalu· Isu semasa
Bekas pegawai khas Najib, aktivis UMNO diperintah bayar RM433,000 kepada pendakwah
November 23, 2026· Politik
Fahmi saran pengusaha perniagaan kemuka isu kepada kerajaan: Bernama
November 19, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
7 jam lalu · Isu semasa
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
9 jam lalu · Isu semasa
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
9 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan pejalan kaki di KL: 93 nyawa melayang sejak 2022
17 jam lalu · Isu semasa
Wang peti besi RM325,000 lesap, pegawai bank didakwa seleweng
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
7 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok