Denda RM50 juta: Najib belum buat bayaran, peguam nafi khabar angin

3 jam lalu · Politik

Bekas Perdana Menteri, Najib Razak tidak akan membuat bayaran denda RM50 juta hari ini, susulan dakwaan beliau akan melunaskan jumlah itu selepas solat Jumaat.

Peguamnya, Muhammad Shafee Abdullah berkata, Najib ketika ini tidak mempunyai sumber kewangan mencukupi untuk menjelaskan denda berkenaan susulan beberapa akaun bank miliknya yang dibekukan.

Menurutnya, dakwaan Najib mempunyai sejumlah besar wang juga tidak tepat kerana akaun bank miliknya, termasuk akaun yang digunakan untuk menerima gaji sebagai Perdana Menteri dan Ahli Parlimen, telah dibekukan.

“Ada yang kata Najib kaya dan mempunyai banyak wang. Ramai juga bertanya kepada saya mengapa Najib sendiri tidak membayar RM50 juta itu.

“Sedangkan Najib tidak mempunyai wang kerana akaun banknya telah dibekukan, termasuk akaun di Affin Bank yang digunakan untuk menerima gaji sebagai Perdana Menteri dan Ahli Parlimen,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Beliau turut berkata, pihaknya tidak mengetahui perkembangan berhubung usaha pengumpulan dana bagi membantu Najib menjelaskan denda berkenaan.

Shafee berkata, beliau juga tidak dimaklumkan Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki mengenai sebarang perkembangan berkaitan kutipan dana itu.

“Tidak, saya juga tidak bertanya dan tidak mengetahui mengenai khabar angin tersebut.

“Ada desas-desus mengatakan saya akan membuat bayaran hari ini, malah saya mengetahui perkara itu daripada pihak media. Saya tidak tahu, tetapi pihak media nampaknya lebih mengetahui,” katanya.

Menurutnya, jumlah sumbangan yang berjaya dikumpulkan juga berada di luar pengetahuan pasukan peguam kerana perkara itu bukan di bawah bidang kuasa mereka.

Najib sebelum ini menerima pengampunan bersyarat daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang membolehkan baki hukuman penjara dijalani menerusi tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.

Pengampunan itu bagaimanapun tertakluk kepada syarat tertentu, termasuk pembayaran denda RM50 juta. Kegagalan mematuhi syarat ditetapkan boleh menyebabkan pengampunan bersyarat terbatal dan baki hukuman penjara perlu diteruskan.

Dalam kes SRC International, Najib pada 28 Julai 2020 dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan dana RM42 juta.

Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos 2022 mengekalkan sabitan dan hukuman itu sebelum Najib mula menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Pada Februari 2024, Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman penjara kepada enam tahun dan denda kepada RM50 juta.

Berita berkaitan
Tahanan rumah Najib: Peguam tolak idea kawat duri, pengawal bersenjata
3 jam lalu· Politik
Najib mohon tangguh hukuman kes 1MDB, denda RM11.4 bilion
7 jam lalu· Politik
Anthony Loke kekal pendirian letak jawatan: Bernama
September 24, 2026· Politik
Anwar minta Loke fikir semula keputusan letak jawatan
September 23, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
SPR bincang tarikh PRN Melaka 7 Oktober
September 25, 2026 · Politik
RoS gantung PN: Bersatu dakwa perlembagaan dilanggar
September 25, 2026 · Politik
Notis RoS: Bersatu mahu Perlembagaan PN dipatuhi, elak buat keputusan unilateral
3 jam lalu · Politik
Notis RoS: Mahfuz bidas PAS salahkan kerajaan walhal PN sendiri ada konflik dalaman
3 jam lalu · Politik
Krisis Negeri Sembilan: Aminuddin persoal tindakan Ismail tandatangan proklamasi
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok