Dewan Negara: SPRM sahkan tiada salah guna kuasa dalam Projek MyKiosk

September 3, 2025 · Isu semasa

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah atau salah guna kuasa dalam pelaksanaan Program MyKiosk berdasarkan hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Menteri KPKT, Aiman Athirah Sabu berkata siasatan SPRM yang dijalankan susulan aduan yang diterima sebelum ini mendapati program tersebut hanya memerlukan beberapa penambahbaikan dari aspek tadbir urus.

“Hasil siasatan SPRM yang diumumkan pada 3 Julai mendapati tiada sebarang elemen jenayah atau salah guna kuasa dikesan, sebaliknya hanya mencadangkan beberapa penambahbaikan dari aspek tadbir urus,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjelaskan KPKT telah memberikan kerjasama sepenuhnya dengan menyerahkan semua dokumen berkaitan kepada SPRM pada 22 Mei lalu sebagai bukti ketelusan dan integriti kementerian.

Menurut Aiman Athirah, Program MyKiosk 1.0 pada tahun 2023 telah memperuntukkan RM50 juta untuk pembinaan 3,189 unit kios dengan kos sebanyak RM48.18 juta.

Manakala untuk tahun 2024, Program MyKiosk 2.0 memperoleh peruntukan RM100 juta bagi membina 4,054 unit kios berharga RM98.75 juta.

Sehingga kini, kadar pengisian unit untuk MyKiosk 1.0 telah mencapai 94.39 peratus manakala MyKiosk 2.0 mencatatkan 89.07 peratus pengisian.

Beberapa faktor seperti kesesuaian lokasi, kekurangan infrastruktur asas dan keadaan tapak yang belum siap dikenal pasti sebagai punca unit-unit yang masih kosong.

Bagi menangani isu tersebut, KPKT telah menubuhkan pasukan petugas dalaman untuk meneliti lokasi dan mempercepatkan proses pengisian, selain menjalankan lawatan pemantauan bersepadu dan sesi libat urus bersama.

Sebagai langkah penambahbaikan, KPKT akan memperkenalkan sistem pemantauan berasaskan kaedah Traffic Light mulai tahun 2025 untuk menilai prestasi pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam pelaksanaan program ini.

Kos pembinaan bagi setiap unit MyKiosk 1.0 ialah RM15,000 manakala MyKiosk 2.0 berharga RM25,000 seunit dengan penambahan spesifikasi baharu termasuk panel solar 100 watt, dinding powdercoated, sistem kalis air, dan pertambahan sudut keluasan.

KPKT juga membenarkan PBT membuat penempatan semula kios ke lokasi yang lebih strategik memandangkan reka bentuk MyKiosk yang mudah alih dan boleh disesuaikan dengan keperluan setempat.

Berita berkaitan
Kemelut politik tak jejas projek pembangunan di Negeri Sembilan: Anwar
November 28, 2026· Politik
SPRM nafi pilih kasih, siasatan projek jalan KKDW masih berjalan
November 27, 2026· Isu semasa
Anwar: Rasuah sudah jadi masalah sistemik, tindakan tegas perlu diteruskan
November 26, 2026· Isu semasa
Wang peti besi RM325,000 lesap, pegawai bank didakwa seleweng
November 24, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Isu penutupan premis Jumaat: Polis rakam keterangan lima individu termasuk MP Kota Melaka
5 jam lalu · Isu semasa
Shuhaily dipindah, kembali bertugas bersama PDRM? – Laporan
6 jam lalu · Isu semasa
Universiti diingatkan kawal hiburan ketika konvokesyen: Zambry
6 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sedia saluran alternatif jika MySiren gagal berfungsi
6 jam lalu · Isu semasa
MCMC perkukuh tindakan terhadap jualan barangan terlarang dalam talian
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] 13 platform e-dagang sepakat banteras jualan barangan terlarang
6 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
November 24, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok