Ketua Pemuda UMNO, Akmal Saleh geram dengan label 'anjing liar' diberikan oleh pemimpin DAP, Teng Chang Kim.
Ketua Pemuda UMNO, Dr. Akmal Saleh bengang selepas dilabel sebagai ‘anjing liar’ yang dilemparkan oleh pemimpin veteran DAP, Teng Chang Khim melalui hantaran Facebook.
Chang Kim dalam hantarannya di Facebook berkata, “Untuk perangai seperti anjing liar ini, buat aduan di unit tangkap anjing liar Majlis Perbandaran sudah memadai,” merujuk kepada tindakan Akmal yang lantang bersuara dalam isu bendera Jalur Gemilang yang dipasang terbalik di Port Dickson.
Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau membalas sindiran tersebut dengan nada sinis ekoran kritikan pemimpin DAP itu.
“Inilah pemimpin DAP. Bila kita pertahankan bendera Malaysia, mereka gelar kita anjing liar. Nanti mungkin saya dituduh menghina babi hutan pula,” sindirnya sambil merujuk kepada kemungkinan reaksi berlebihan pihak lawan.
Beliau menegaskan bahawa isu pemasangan bendera terbalik tidak boleh dipandang ringan walaupun melibatkan pekerja Orang Kurang Upaya (OKU).
“Kalau tahu dia OKU, kenapa dibiarkan pasang tanpa pengawasan? Di mana pengurusan sekolah?” soal Akmal satu videonya.
Akmal turut menuntut Kementerian Pendidikan menjelaskan status sebenar pekerja terbabit, sama ada menghadapi masalah fizikal atau mental dan menegaskan insiden ini mencerminkan kelemahan pengurusan sekolah.
“Bukan anak muda DAP sahaja yang bengap, pemimpin senior mereka pun sama,” tambah Akmal.
Isu ini timbul selepas Akmal kritik keras kesilapan pemasangan bendera di sebuah sekolah vernakular, dengan menolak alasan OKU sebagai justifikasi.
Beliau bertegas bahawa maruah simbol negara tidak boleh dikompromi.
Krisis Negeri Sembilan: MB umum dua pegawai kanan digantung tugas
DUN Melaka sah bubar esok, PRN bakal diadakan: Ab Rauf
Pembatalan lantikan Exco Negeri Sembilan sah, ada asas Perlembagaan: Peguam
Akaun TikTok Na’im disekat TikTok, bukan MCMC: Hakim Norliza
Anwar imbau detik di Penjara Sungai Buloh
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum