Diskaun ETS 20 peratus sempena Tahun Baru Cina dan Ramadan

February 15, 2026 · Isu semasa

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan potongan harga 20 peratus bagi tiket tren perkhidmatan ETS terpilih sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina dan permulaan Ramadan, bagi perjalanan antara 15 hingga 22 Februari ini.

Dalam kenyataan rasmi, KTMB memaklumkan promosi itu melibatkan semua sektor perjalanan ETS, dengan penumpang boleh menebus diskaun menggunakan kod ETSANGPOW20 dan ONGTRAIN20 bagi tarikh perjalanan terpilih semasa pembelian tiket.

Sebanyak 5,000 kod promosi disediakan dan pembelian boleh dibuat bermula sekarang, tertakluk kepada terma serta syarat.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Azlan Shah Al-Bakri, berkata inisiatif itu selaras dengan usaha berterusan syarikat memperkukuh sistem pengangkutan awam negara.

“Diskaun ini memberi peluang kepada orang ramai berjimat ketika musim perayaan. Pada masa sama, penggunaan tren membantu mengurangkan kesesakan jalan raya dan menjadikan perjalanan lebih lancar, selesa serta selamat,” katanya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya merancang perjalanan lebih awal kerana tempoh promosi adalah terhad.

Perkhidmatan ETS merupakan antara mod pengangkutan rel utama di Semenanjung Malaysia yang menghubungkan bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Butterworth dan Padang Besar.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, permintaan terhadap perkhidmatan ETS meningkat terutama ketika musim perayaan susulan faktor ketepatan masa, keselesaan dan keselamatan perjalanan.

Tiket promosi boleh dibeli melalui aplikasi KITS Style, laman web rasmi KTMB atau mesin kios di stesen terpilih. Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui laman web rasmi KTMB atau menghubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 03-9779 1200.

Langkah promosi ini dijangka membantu meningkatkan penggunaan pengangkutan awam sekali gus menyokong usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas di lebuh raya utama negara sepanjang musim perayaan.

Berita berkaitan
PRN Johor: Aliran pengundi masuk ke Johor meningkat sejak malam tadi, tiket ETS laris
July 10, 2026· Politik
PRN Johor: KTMB tambah 7,464 tempat duduk ETS, sambutan menggalakkan
July 8, 2026· Isu semasa
Ketua UMNO Kangar bersama dua pengarah diarah bayar balik kes tiket umrah
June 29, 2026· Isu semasa
PRN: Balik mengundi naik ETS, KTMB tambah tren ke Johor
June 19, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Malaysia kini hanya 7.1 peratus lagi ke status negara berpendapatan tinggi
3 jam lalu · Isu semasa
38 Pusat undi awal PRN Negeri Sembilan ditutup
3 jam lalu · Isu semasa
560 kes kandungan memudaratkan berjaya diselesaikan MCMC
4 jam lalu · Isu semasa
SPRM jejak dokumen pelaburan KWAP di tiga negara
6 jam lalu · Isu semasa
Polis panggil sanusi, pemimpin UMNO bantu siasatan
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
5 jam lalu
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok