Diskaun tol.
Kerajaan mengumumkan diskaun tol sebanyak 50 peratus di semua lebuh raya utama negara selama dua hari sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri minggu ini, bagi meringankan beban rakyat yang pulang ke kampung halaman.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, diskaun itu akan berkuat kuasa bermula jam 12.01 tengah malam pada 18 Mac hingga 11.59 malam 19 Mac, melibatkan kenderaan persendirian Kelas 1 di semua lebuh raya di seluruh negara.
Menurutnya, langkah tersebut merupakan inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat mengurangkan kos perjalanan semasa musim perayaan.
“Inisiatif ini melibatkan tanggungan kewangan berjumlah RM21.03 juta bagi tujuan pampasan kepada syarikat konsesi tol,” katanya dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, beliau memaklumkan diskaun itu tidak melibatkan bayaran tol di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia–Singapura (Linkedua).
Pengumuman itu dijangka memberi manfaat kepada jutaan pengguna lebuh raya yang akan melakukan perjalanan jauh bagi menyambut Aidilfitri bersama keluarga di kampung halaman.
Setiap tahun, musim perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri menyaksikan peningkatan ketara jumlah kenderaan di lebuh raya apabila orang ramai mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung selepas beberapa bulan bekerja di bandar.
Langkah pemberian diskaun tol kali ini dilihat selari dengan usaha kerajaan untuk membantu rakyat menghadapi peningkatan kos perjalanan, khususnya ketika permintaan tinggi terhadap pengangkutan dan pergerakan pulang ke kampung menjelang Aidilfitri.
Pihak berkuasa turut menasihatkan pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan lebih awal serta mematuhi peraturan jalan raya bagi memastikan perjalanan pulang ke kampung berlangsung lancar dan selamat.
Anwar pertahan pendekatan diplomasi Malaysia dalam berdepan krisis Asia Barat
Kerajaan perkukuh usaha hadapi krisis tenaga, lindungi rakyat: Fahmi
Iran dakwa tembak jatuh pesawat tentera AS di Isfahan
KPDN cari jalan ringankan beban pengusaha stesen minyak
Subsidi diesel melonjak tiga kali ganda selepas krisis global
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan