Diskaun tol.
Kerajaan mengumumkan pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026, melibatkan kos pampasan kira-kira RM19.5 juta kepada syarikat konsesi lebuh raya.
Keputusan itu diluluskan dalam Mesyuarat Kabinet sebagai sebahagian usaha membantu meringankan kos sara hidup rakyat serta menyokong perjalanan musim perayaan.
Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi berkata pelaksanaan diskaun itu akan bermula pada jam 12.01 tengah malam 14 Februari dan berakhir pada 11.59 malam 15 Februari.
“inisiatif ini bertujuan membantu rakyat yang pulang ke kampung halaman atau bercuti ketika musim perayaan, selain persediaan menjelang Ramadan,” katanya.
Diskaun tersebut melibatkan kenderaan persendirian Kelas 1 di semua plaza tol serta Kelas 2 di Jambatan Pulau Pinang.
Bagaimanapun, ia tidak terpakai di plaza tol sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar di Lebuhraya Utara-Selatan dan Plaza Tol Tanjung Kupang di Laluan Kedua Malaysia-Singapura.
Beliau menjelaskan pemilihan tarikh dibuat bagi mengurangkan kesesakan trafik selain memastikan pengurusan operasi lebuh raya berjalan lancar termasuk penyelarasan kemudahan di kawasan hentian sebelah serta Rehat dan Rawat (R&R).
“Perancangan awal perjalanan amat penting supaya pengguna dapat menikmati perjalanan yang lebih selesa dan selamat,” katanya.
Orang ramai turut digalakkan menggunakan aplikasi MyPLUS-TTA dan TuJu Navigation oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bagi merancang perjalanan.
Selain itu, pengguna boleh mendapatkan maklumat trafik semasa melalui saluran rasmi LLM atau pusat pengurusan trafik agensi berkaitan bagi memastikan perjalanan lebih lancar.
Anwar, Fahmi beri penghormatan terakhir kepada A Samad Said
MCMC saman Google RM300 juta isu kandungan palsu Papagomo
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
Asas ekonomi negara lebih kukuh selepas empat tahun: PMX
Pemergian Pak Samad tinggalkan legasi besar, jadi inspirasi generasi muda: Fahmi
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib