Doktor forensik palsu mengaku terlibat dalam kes Zara akan didakwa

September 2, 2025 · Isu semasa

Seorang lelaki yang menyamar sebagai doktor dan mendakwa terlibat dalam proses bedah siasat Allahyarham Zara Qairina akan didakwa di mahkamah tidak lama lagi.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, mengesahkan suspek yang mengendalikan akaun TikTok ‘Dato Prof Dr Tunku Iskandar’ itu telah ditahan dan akan menghadapi pertuduhan di mahkamah.

“Beliau adalah doktor palsu dan akan dibawa ke mahkamah. Untuk maklumat lanjut mengenai pertuduhan, pihak perlu merujuk kepada polis,” katanya selepas menghadiri Persidangan Grand Prix Kecerdasan Buatan (AI) 2025 hari ini.

Lelaki itu disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penyalahgunaan platform digital.

Jika disabit kesalahan, beliau boleh didenda maksimum RM500,000, dipenjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

Kes ini berkaitan dengan kematian Zara Qairina, 13, pelajar sekolah agama di Papar yang meninggal dunia pada 17 Julai lalu dan mencetuskan perhatian umum.

Lelaki terbabit telah membuat siaran langsung di TikTok mendakwa hadir semasa bedah siasat dilakukan pada 10 Ogos.

Kementerian Kesihatan telah mengesahkan bahawa suspek bukanlah pakar perubatan atau kakitangan kerajaan.

Siasatan tambahan juga dijalankan polis di bawah Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan.

Berita berkaitan
MCMC siasat dakwaan AI hasilkan video seksual libat guru, pelajar
14 jam lalu· Isu semasa
Kandungan palsu berhubung dua kematian pelajar, MCMC ambil tindakan
20 jam lalu· Isu semasa
Lebih 700 kandungan deepfake pemimpin politik diturunkan: MCMC
22 jam lalu· Isu semasa
NADI Inanam Sentral dibuka, peluang digital diperluas
23 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Jerebu: Agong titah sekolah tutup jika IPU 150 hingga 180
14 jam lalu · Isu semasa
Anwar hubungi Prabowo, ASEAN digerakkan tangani jerebu
14 jam lalu · Isu semasa
Tiada lesen judi baharu dikeluarkan: MOF
20 jam lalu · Isu semasa
RM5.2 bilion transaksi SARA direkod setakat September, 8.4 juta penerima
22 jam lalu · Isu semasa
Anwar, Presiden Myanmar adakan pertemuan empat mata: Bernama
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok